Friday, August 20, 2010

Nasi Lemak Kukus

Akhirnya......tercapai jugak hasrat hati nie nak try buat nasi lemak kukus...Eemmmm.....memang mabelos..nasi lemak kukus Dayang nie....rupa-rupanya sedap gak yer nasi lemak versi kukus..Tapi, jenuh gak Yana ikut peraturan nak buat nasi lemak kukus Dayang nie..Takut nanti kalau tak ikut peraturan tak menjadik pulak...Kena sumpahan Dayang...huahhuahhuah...jadik nasi lemak lain pulak...Ikut step by step....mula-mula kena kukus dulu, pastu rendam..lama lak tuh..Dayang kata kalau lama lagi sedap..Seawal pagi Yana dah panaskan kukusan...pastu merendam...Dah nak dekat-dekat berbuka baru start kukus balik..Almaklumlah..first time buat..santannya tu terlebih sikit..Masa kukus tu kenalah ditambah lama sket...Alhamdulillah..segalanya dapat diatasi....Disebabkan nak sangat ada bau daun pisang tuh..nak mintak kat umah jiran yang dok nun hujung sana tuh segan pulak...Yana usaha cari, beli kat kedai..Nasib baik ada...Tak taulah depa kira sekilo berapa..Tapi, semalam Yana beli 80 kupang ker..tu pun banyak...Ingat selebihnya tu kalau rajin nak wat koci ker, lepat ker..tak pun tepung bungkus...Tu kalau rajin ler..Kalau malas...tersemadilah daun tu dalam peti sejuk...hehehe...Buat perhiasan...

Gumbira rasa hati nie setelah dengan jayanya Yana mencuba nasik lemak kukus nie dan mendapat award dari En.hubby & anak-anak..hehehe...Berselera diaorang makan dan licin abis.. suka sesangat...Along siap suruh jual lagi...Kalau sambalnya sedap..nasinya mestilah sedap...hehehe...Kalau nak tau macam mana kesedapan dan rasa nasi lemak kukus nie..cubalah resepi yang tertera kat bawah nie...Opps!! Sebelum tuh!! Sebelum jadi kacang lupakan kulit..Yana nak ucapkan jutaan terima kasih kat empunya resepi asal Noya Myr & Dayang atas resepi nasi lemak kukus yang sememangnya best nie....Yana nak cnp resepi tu kat sini ek!! tenkiuuuuu!!!

Nasi Lemak Kukus
Sumber :
noya myr

Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )
  • 5 cawan beras (DJ buat 3 cawan)
  • 2 biji pati santan (DJ guna santan kotak rendah lemak)
  • 3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan marjerin (DJ tambah) - ikut jer
  • 1/2 sudu makan gula (DJ tambah) - ikut jer
  • sedikit halia, bawang putih dan bawang merah - dicincang (DJ tambah) - nie jugak
Cara-cara
  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak.
  2. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat.
  3. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras.
  4. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada waktu pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama direndam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

Untuk resepi sambal versi Yana:

Bahan-bahannya:-

20 tangkai cili kering*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu kecil udang kering - rendam & toskan*
2 biji buah keras*
Sebesar ibu jari belacan - dibakar* (* dikisar)
1 biji bawang besar - dimayang
Sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara membuatnya:-
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau..
  • Masukkan sedikit air asam jawa, gula & garam secukup rasa.
  • Masak hingga sambal pekat sikit dan pecah minyak.Gunakan api sederhana.
  • Masukkan hirisan bawang besar..masak sekejap..Tutup api.
  • Siap!
"SELAMAT MENCUBA"

No comments:

Post a Comment