Wednesday, August 4, 2010

Nasi Karot & Opor Ayam Merah

Nilah dia rupa nasi karot...makanan yang penuh khasiat....tapi tak boleh ler makan banyak sangat....nanti terlebih khasiat pulak.....

Opor ayam merah....Pertama kali buat...Nie resepi dari K.Ummi kiter....Sedap jugak opor ayam merah nie...Mula-mula Noreen yang buat dulu..Pas tu K.Ummi pulak....Kini, tibalah masanya Yana nak try pulak..hehehe....Masak biar pekat sikit...memang sesuai makan dengan nasi karot nie...Nasi karot nie Yana ambik resepi dari dapur K.Yatie..yang dok jauh di perantauan tu...Rajin betui akak memasak yer...Sedap pulak tuh!! Alamak!Lupa pulak nak tabur daun ketumbar...Takpelah...janji sodap!!Resepi asal nasi karot nie dari K.Liza...

Kalau sesiapa yang nak mencuba tu....bolehler tengok resepi kat bawah nie....Untuk K.Ummi, K.Yatie, K.Liza dan Noreen..Yana nak C & P resepi kat sini yer....TQVM...Pada kalian semua...

NASI KAROT

Bahan-Bahan

· 4 cwn beras basmati....basuh dan toskan

· 1 cwn carrot [potong dadu kecil]

· 1 cwn susu cair

· 4 cwn air

· 1 kiub ayam knorr

· 1 s/k gula

· garam

Bahan Tumis

· 2 s/b rempah kurma

· 5 ulas bawang merah.]

· 3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar

· 2 cm halia ]

· 3 s/b minyak sapi

· 2 cm kulit kayu manis

· 2 kuntum bunga lawang

· 5 biji bunga cengkih

· 2 biji buah pelaga

· 1 tangkai daun ketumbar.....mayang

· daun pandan........simpulkan

Cara-Cara

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.

2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.

3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih.

4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.

5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak seperti nasi biasa.

6. Hidangkan dengan lauk kegemaran.


OPOR AYAM MERAH

Bahan:- ( 1 family 5 - 6 orang)

· 1 ekor ayam - dibuang kulit dan segala lemaknya, dipotong 8

· 1 sudu makan kerisek (ummi letak 2 sudu besar)

· 1 cawan bawang goreng - ditumbuk halus

· 1/2 tin tomato puree (*ummi letak 1 tin saiz kecil sekali)

· 2 biji tomato - potong dadu

· 1 biji bawang besar - dihiris

· 1/2 biji kelapa - ambil 1 - 2 cawan santan (*ummi guna santan kotak Ayam Brand tu - kak Liza yang recommend guna brand ni kalau malas nak perah santan atau nak cepat kerja..hehe)

· sedikit minyak untuk menumis

· garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar Halus:-

· 10 tangkai cili kering (*ummi letak 15 tangkai)

· 3 sudu besar serbuk ketumbar

· 1 sudu teh jintan manis

· 8 hiris halia (*ummi letak 1 inci)

· 3 hiris lengkuas (*ummi letak 1 cm)

· 5 biji bawang merah

·

Cara Memasak:-

1. Gaul rata ayam dengan rempah kisar, perap sebentar.

2. Panaskan minyak, tumis bawang hiris sehingga kuning.

3. Masukkan ayam yang bergaul rempah, balik-balikkan sebentar.

4. Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk halus dan gaul hingga rata.

5. Masukkan pula tomato puree, tomato dadu dan kerisek. Masak hingga kering.

6. Apabila sudah kering, masukkan pula santan, garam dan gula secukup rasa.

7. Biarkan sehingga naik minyak dan ayam masak..Balikkan ayam sesekali.

8. Bila agak pekat, tutup api. Hidangkan dengan sebarang nasi, pulut atau roti..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment