Saturday, October 30, 2010

Paprik Ayam

Hari nie masak biasa2 jer....janji perut kenyang....Kali nie Yana buat paprik ayam pulak..Hari tu dah buat paprik telur....satu menu jer dah cukup...ada ayam dan sayur...Tapi, Yana tambah lagi dengan telur dadar.....Tu pun bertambah-tambah diaorang makan..hehehe.....Jomlah, kita semak bahan-bahannya...Kalau ada yang terkurang tu, pandai-pandailah korang tambah sendiri yer....Resepi sendiri punya tak de sukatan, main campak-campak jer.....hehehe...Tapi, kalau mencampak tu berhati-hati sikit..takut terpelanting pulak dari kuali....hahaha....

Bahan-bahannya:-

Isi ayam - di potong kecil2 (lumurkan dgn sedikit serbuk kunyit, serbuk lada sulah & garam)
1 batang lobak merah
sedikit kobis bunga
sedikit kacang panjang - potong kasar
sebiji tomato - belah 4
4 batang putik jagung - hiris2
cili merah - hiris kasar ( kalau nak guna cili benggala pun boleh..guna cili nie sebab cili tu xde)
cili hijau - hiris kasar
1 biji bawang besar- hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil sos ikan
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap pekat manis
Sedikit air
Gula secukup rasa ( Garam x yah sebab nie dah terasa masin...)

Cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga separuh masak..Angkat, tos & ketepikan.
  2. Ambil sedikit lebihan minyak tadi. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, sos cili, sos ikan, sos tiram & kicap..Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih sekejap.
  4. Masukkan semua sayuran tadi. Biarkan sayuran lembut sedikit.
  5. Masukkan tomato, cili mereah & cili hijau.
  6. Masukkan gula secukup rasa.
  7. Siap..

Selamat mencuba!!





Friday, October 29, 2010

Ikan Kukus Lemon

Salam Jumaat....Penghulu segala hari....dah lamanya Yana tak update blog nie....Hari nie baru ada mood sikit nak update....Resepi ikan kukus nie memang senang sesangat....sedap pun sedap...Yana ambik dari Sari...Ikan tu Yana potong dua, memandangkan kukusku itu kecil jer saiznyer....Janji boleh masak & makan..cukup...Anak-anak memang suka kalau masak ikan kukus2 nie....Diaorang suka hirup kuahnya tu.....satu hidangan kejap jer dah licin...Tq Sari atas resepi nie yer...nak copy jer....hehehe...

SIAKAP KUKUS LEMON

Bahan-bahan:
semestinya seekor ikan siakap saiz sederhana
1 batang serai*
1" halia*
cili padi (ikut citarasa pedas)*
1 tangkai cili hidup*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sk gula atau secukupnya
1/3 sk garam atau secukupnya
1 sk sos ikan
1 sk minyak bijan
1/2 sk serbuk lada putih
3 tangkai daun ketumbar
jus lemon secukupnya (ikut suka masam)
1/2 cawan air
1 sk tepung jagung dicampur sedikit air

Cara-cara:
1. Bersihkan ikan, dibelah 'butterfly'. Lumurkan dengan sedikit minyak bijan dan serbuk lada putih.
2. Panaskan air kukusan, masukkan akar daun ketumbar.
3. Tumbuk halus semua bahan bertanda *. Masukkan dalam periuk kecil.
4. Masukkan jus lemon, sos ikan, air, garam dan gula secukupnya.
5. Kukus ikan berasingan 10 minit.
6. Didihkan bahan no.4. Apabila mendidih masukkan campuran air dan tepung jagung dan kacau cepat.
7. Keluarkan ikan dari kukusan dan curahkan sos dari periuk tadi. Taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Saturday, October 23, 2010

Ikan Goreng Bersos Tomyam

Pening dah kepala nie nak masak apa untuk makan tengahari tadi...Nak satu menu yang simple & sedap jer....selain tu nak gunakan apa yang ada dalam peti sejukku ituw....Lastnyer, masa jalan-jalan carik resepi kat rumah Hana terpandang resepi nie...Terus masukkan dalam list untuk di cuba...Kalau ikut resepi nie, guna ikan siakap, disebabkan stok ikan siakap tak de, yang ada hanyalah stok ikan tenggiri ..Yana gunakanlah ikan tenggiri tu....Beli mahal-mahal...kalau tak dimasak & di simpan lama-lama jadik tak sedap pulak kan....Itu pun adalah lebih 4@5 ketui...cukuplah untuk makan hari nie...hehehe....TQ Hana.....Yana ambik resepi nie yer...

IKAN GORENG BERSOS TOM YAM

Bahan-bahan

· Ikan siakap - atau apa saje ikan

· Tepung jagung - hana gune potato starch@katakuriko

· Garam

· 1/2 biji bawang besar - potong dadu

· 2 ulas bawang putih - cincang

· 1 batang serai - hiris

· 1 inci halia - hiris memanjang

· 3 helai daun limau purut - racik2

· 3-5 biji cili padi - cincang kasar

· 1 sudu besar cili kisar - optional utk xtra pedas

· 1/2 peket perencah tomyam adabi

· 1 sb sos cili

· 2 sb sos tomato

· 1 sk sos ikan

· lada benggala merah,hijau,kuning - potong dadu

· sedikit air

· garam dan gula

· daun ketumbar

Cara-cara

· Basuh bersih ikan. Kelar bahagian badan. Lumurkan dengan garam kemudian tepung. Panaskan minyak.Goreng hingga masak. Angkat dan toskan kemudian letakkan ke dalam pinggan.

· Tumis bwg besar, bwg putih, cili, daun limau purut, serai dan halia hingga naik bau.

· Masukkan sos tomato, sos cili, perencah tomyam, sos ikan dan sedikit air. Didihkan.

· Masukkan lada benggala, garam dan gula secukup rasa. Bila cukup pekat angkat dan tuang ke atas ikan.

· Taburkan dengan daun ketumbar dan hidangkan dengan nasi hangat.

Friday, October 22, 2010

Kek Lapis Cinta Kirana

Wakakaka.......nak tau sebab apa nama kek lapis nie kek lapis cinta kirana??? Kalau korang perasan dlm blog Hasue pun ada jugak kek lapis cinta kirana nie....Tapi, dia kukus...Yana nie pulak cara bakar...Al-kisahnya, masa buat kek nie tengah-tengah malam gituk, bukak channel 104 kebetulan time tu citer cinta kirana.....tergerak pulak dalam pikiran gue nak letak nama kek nie kek lapis cinta kirana...sempena citer yg Yana tengok semasa buat kek nie...Tu pun ulangan...petangnya tu dh tengok...malam pun tengok lagi...hehehe...Capek jugak gue dibuatnya..kena berjaga berjam-jam....Tapi, inilah hasilnya....OK ke KO???? Rasanya dah Ok kut...Sebenarnya nie kek lapis asam manis jer...saje bubuh nama cinta kirana..bagi sedap sikit...hahaha....Anak Yana pun terkejut sebab ada kek lapis cinta kirana....Dialah peminat nombor satu citer tu.....Sedap2...Macam dalam citer tu jugak.....ada kisah masam2 manis...samalah dgn kek nie....Resepi kek nie Yana ambik dari bro yang dah sememangnya rajin buat kek lapis tu...Sape lagi kalau bukan Bro Rozzan kita tu....TQVM Bro...atas resepi kek lapis nie...Sowey, Yana tukar nama..harap Bro tak marah.....Yana nak post resepi tu kat sini yer...TQ again...Lain kali nak try buat kek lapis versi kukus Hasue pulak!!!

KEK LAPIS CINTA KIRANA

Bahan-Bahan
10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry - Yana ganti blueberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes (saya gunakan 125 keping saiz duit 50 sen) - Yana guna yg biasa jer

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.

4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping.

Wednesday, October 20, 2010

Kari Sotong Berempah...

Sedap2.....Boleh terangkat dua2 ibu jari tangan nie...Lagilah kalau sotongnya tu ada telur..Fuhhh!!! Bertambah-tambah makan...anak-anak pun suke..Maknya, lagilah suka..lauk yg di masak habis...Tak cukup lagi adalah....Resepi nie patut di cuba..memang best!! Betul nie..bukan main2...hehehe...Terus je semak resepi....cepat2 pi beli bahan2nya yer..takut nanti sotong habis pulak....Kalau nak masak sikit..adjust sendirilah yer...Harap maklum...

Bahan-bahannya:-

1 kg sotong
8 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*(*kisar)
1 biji tomato - hiris kasar
5 tangkai daun kari
2 sudu makan halba campur
4 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
2 tangkai cili hijau - belah 2 - Yana guna cili merah jer..
500ml santan pekat
300ml air asam jawa
50ml minyak masak
Garam secukup rasa.

Cara penyediaannya:-
  1. Tumiskan bahan kisar & daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan halba campur, serbuk kari, serbuk kunyit & serbuk cili. Tumis seketika hingga wangi.
  3. Masukkan sedikit air & biarkan seketika. Apabila mendidih, masukkan sotong, santan, air asam jawa & garam secukup rasa.
  4. Masak sehingga kuahnya pekat. Angkat & hidangkan..
  5. Selamat mencuba!!!


Tuesday, October 19, 2010

Tumis Betik Sambal Belacan

Nie menu yang betul-betul simple..dengan kata lain, menu orang malas...hehehe....Tumis betik jer..Makan dengan ikan kering, tak pun dengan ikan goreng pun sedap....Kalau yang tengah berdiet tu bolehlah cuba menu nie...tak berminyak dan tak bersantan...Kalau hari-hari menu cam nie, jemu jugak kan...Sekali - sekala apa salahnya...Kalau nak try, semak resepinya kat bawah nie...Selamat Mencuba!!

Bahan-bahannya:-

1 biji betik separuh masak - potong dadu
1 batang serai-titik
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci belacan* (*kisar)
2 tangkai cili merah - hiris kasar
1 biji bawang besar - belah 4
1 liter air
Garam & gula secukup rasa

Cara Penyediaannya:-
  1. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tuangkan air & masukkan bawang besar. Didihkan.
  2. Masukkan betik, garam & gula secukup rasa.
  3. Apabila sudah mendidih, padamkan api.
  4. Siap utk dihidangkan....Senang jer....


Sunday, October 17, 2010

Kek Lapis Oreo

Alamak!! Nampak macam huduh jer kek lapisku ini.....first time buat kek lapis oreo nie...Resepi dari Bro-Rozzan kita..Walaupun cam nie, sedap jugak...Ada rasa pahit2 oreo sikit...Kalau yang suka oreo tu oklah..kalau yang tak berapa gemar tu...Terpulanglah..kut2 ada cadangan nak ganti dengan biskut lain ker....Tapi, dah nama pun kek lapis oreo...Kalau bubuh biskut lain kena letak nama lain pulak...hehehe...Ramai yang dah mencuba..Kalau belum lagi, silakan..kat bawah nie Yana ada copy resepi dari Bro kita tu...TQ Bro..Yana mintak izin nak copy & paste resepi yer..

KEK LAPIS OREO

Bahan-Bahan

10 biji telur (saiz besar) -
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar, diparut (optional) - Yana x buh coz dah abis...
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli - x buh coz xde...
1 sudu teh pes pandan (optional)
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah - ikut suke jer...


Cara:

1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.

2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.

3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.

4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.

5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:

a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)

6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.

7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).

8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)

9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.



10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.


Nota:

1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya.
3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.