Friday, August 27, 2010

Nasi Ayam Butter & Kuih Keria..

Menu berbuka semalam...nasi ayam butter..yang pernah Yana buat dulu..resepi dari Hana...
Tenkiuu..atas resepi nie...Ia dah menjadi makanan feveret kami sefamili...Sedap nasi ayam nie...harum jer baunya..Kalau nak resepi tengok resepi nasi Yana yang sebelum nie...Kalau malas nak bukak, tak pelah...Yana merajinkan diri nak post resepi tu sekali lagi kat sini.....Mesti cuba tau!! Hehehe...

NASI AYAM BUTTER

Bahan-bahan
UTK NASI

· 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan

· 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras

· Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)

· 1/2 biji bawang besar - dihiris

· 1 inci halia - ketuk

· 1 sudu serbuk pati ayam knorr

· 1 helai daun pandan simpul

· 1 batang serai ketuk

· 2 sudu besar butter

· garam

>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.


UTK SUP

· 1/2 ekor ayam size kecil - potong

· 1 sk serbuk@kiub pati ayam

· 1 batang saderi - potong

· 2 inci halia - ketuk

· Air secukupnyer

· garam

· daun bawang dan bawang goreng

>> Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH

· 3-4 batang lada merah*

· 2 ulas bwg putih*

· 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri

· 2 sudu besar sos tomato

· 2 sudu besar sos chili

· 1 sudu kecil cuka

· 1 sudu besar gula

>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

UTK SOS HITAM@KICAP

· 3 sudu besar kicap

· 1 sudu kecil madu

· 2 sudu besar air rebusan ayam

>> Campurkan semua. ketepikan.

UTK AYAM GORENG MADU

· Ayam rebusan tadi

· 3 sudu besar kicap pekat

· 1 sudu besar sos tiram

· 2 sudu besar madu

· 1 inci halia - parut

· 2 ulas bawang putih - parut

· blackpepper - optional

· bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi

>> Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

Nie pulak kuih keria...Tengok sorang member tu wat kuih keria, teringin pulak rasanya...Anak Yana suka sesangat kuih nie...Atas permintaan..kenalah buat..kesian bebudak kat umah nie kan pose....Nak tak nak,kenalah turutkan kemahuan mereka...Nasib baik ada stok ubi keledek kat umah nie..Stok ubi sentiasa ada..manalah tau kut2 teringin nak buat kuih-muih lain pulak!!Senang..kalau bahan dah ada..terus ambik, kupas..& masak jer....Kuih nie buatnya memang mudah..makannya pun sedap....Bahannya cuma ubi keledek, tepung dan gula.Kalau tak mau kuihnya tu melekat kat tangan masa membentuk tu, buh sikit mentega kat tangan..Insyallah..kuih tu akan cantik jer bentuknyer....Time nak buh gula tu, masak gula tu sampai jadik macam bertali sikit...pastu barulah bubuh kuih yang telah digoreng..Terus padamkan api..Bukannya apa, takut nanti kuih & gula tu hangus lak ...Gaulkan kuih bersama gula hingga rata dan sebati semuanya.....Bolehlah dimakan...Sedap dimakan panas-panas...


No comments:

Post a Comment