Thursday, May 26, 2011

Bebola Roti Goreng

Assalammualaikum....jemput makan bebola roti goreng nie....rupanya macam cekodok jer....Nie pun sebab nak perabihkan roti yg dah nak expired tu....nanti membazir pulak buang mcm tu jer....Sedap di makan panas2....cicah ngan sos....Anak-anak ingat cekodok...hehehe..Resepi dari rumah Hana..Resepi asal dari Lizahanum....Yana copy dari umah Hana jer...TQ pada kalian berdua..kerana telah menyelamatkan rotiku daripada tak di makan.....huhuhu...akhirnya...abis jugak....alhamdulillah....

BEBOLA ROTI GORENG

RESEPI : HANA

RESEPI ASAL : LIZAHANUM

Bahan-Bahan

· 14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil

· 2 biji telur (saiz besar)

· 3 batang cili merah ~ dihiris

· 1 biji bawang besar ~ didadu halus2

· sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)

· 2 sudu teh serbuk lada putih

· garam secukup rasa

· perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)

· minyak utk menggoreng

Cara-cara

· Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..

· Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. (hana ramas2 agar padat isinya)

· Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.

· Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.

· Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.


Sunday, May 22, 2011

Kek Marble Warna Warni Badam Rose

Sedap kek nie tau!!! Moist jer...


Jemput makan...Kek nie Yana buat sempena sambutan hari guru kat sekolah anak Yana hari tu...Memang gebus dan betui2 sedap kek nie....harum semerbak baunyer...Betullah kata kak Ummi..tak cukup dengan loyang kecik..lain kali kena buat guna loyang besau sikit...adunannya pun kenalah digandakan jugak...Nak buatnya pun senang...xlah susah sangat...Yana copy dari dapur kak ummi jelah....Mintak izin nak kongsi resepi kek yg sedap nie yer...Terima kasih jugak pada Pn. Shamsiah Md. Shariff empunya resepi asalnya....Jom kita semak n layan jer resepinya kat bawah nie.....

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA
Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff
Sumber : Rinnchan

Bahan-bahan:
(akak guna loyang bulat 6 inci)

· 250gm mentega(*akak guna Golden Churn brand)

· 5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)

· 4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)

· 1 oz badam kisar (*akak letak 60 gm)

· 5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)

· 2 susu makan susu pekat manis

· 1 1/2 sudu teh esen rose

· sedikit pewarna merah dan hijau(*akak letak biru, ungu dan pink)

Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.

4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.

5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.

6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.

7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.

8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.

Saturday, May 21, 2011

Muffin Pandan Kelapa

Selamat pagi semua......Hari dah masuk hari Sabtu kan...sekejap je masa berlalu dah pun masuk hujung minggu....masak apa hari nie??? Jemputlah makan muffin nie, sedap jugak tau!!Kalau time membakarnya tu..harum semerbak satu rumah.....Mesti jiran2 tergoda..hehehe....Yana ambik dari dapur Mat kite tu...Ada jugak yang dah mencuba...Oklah, kalau yg belum lagi tu,nak cuba silakan...Yana mintak kebenaran Mat ye... nak kongsi resepimu ituw....TQVM...Al-maklumlah...hari nie kan ke hari cuti..so,sibuk sikit...macam2 keje nak diuruskan...Layan jelah resepi dari Mat nie....

MUFFIN PANDAN KELAPA (MAT)

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 g mentega
2 biji telur gred A
80 g gula halus
150 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
30 g kelapa kering
1 camca besar serbuk santan
1/4 cawan susu segar (mat guna susu cair)
1 camca teh pandan paste
Secubit garam
Sedikit kelapa kering untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Satukan tepung berserbuk penaik dengan kelapa kering, serbuk santan dan secubit garam, gaul rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga putih. Masukkan pandan paste dan kacau rata.
  3. Perlahankan speed dan masuk tepung berselang seli dengan susu cair hingga selesai. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh ke dalam muffin cup tadi dan tabur sedikit kelapa kering atasnya. Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang.....


Friday, May 20, 2011

Apam Coklat


Assalammualaikum......salam Jumaat, penghulu segala hari...terlambat sikit nak masukkan n3 hari nie....Nie sebenarnya menu pagi tadi...simple dan cepat...dah lapar...kenalah carik resepi yg cepat dan sedap...hehehe...Apam coklat nie memang sedap kalau dimakan panas2....Yana bubuh coklat rice kat atasnya tu...bertambahlah rasa coklatnya..anak2 suka....rasa macam kek coklat pun ada jugak....moist jer...Ambik dari dapur Alma MyR..Ada jugak yang dah membuatnya....sedap kan..!! Oklah kalau nak cuba apa salahnya....resepinya ada kat bawah nie...Terima kasih bebanyak pada Alma atas resepi apam coklat nie..Mintak izin nak kongsi resepi tu bersama yer.....


APAM COKLAT by Alma MyR

1cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1bj telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
Sedap dimakan panas2.

# Apam ni rasa dia cam kek coklat kukus. Padat dan moist.


Thursday, May 19, 2011

Bingka Roti Berjagung

Nielah rupa bingka roti berjagung yg telah siap di potong..sedia utk di makan....


Assalammualaikum....n good morning......Sarapan apa pagi nie???Hari nie Yana buat bingka roti berjagung jer...rasa teringin pulak nak makan bingka...sementara stok jagung manis tu pun masih ada lagi...Anak-anak tak berapa gemar sangat makan bingka cam gini..kite jelah...orang2 veteran yg sukakannyer....Ikut resepi nie dapat banyak jugak....Yana sedekah kat jiran-jiran depan umah tu..bagi diaorang rasa sikit....Eeemmmm......Not bad jugaklah.....Mana taknyer....Semua orang dah tau..kalau bab bingka membingka nie dan bab talam menalam nie...mana lagi, kalau bukan dari dapur kak Yatie JB kiter tu....Kak Yatie ambik dari cik Mat...Yana mintak izin nak copy resepi akak tu yer..untuk di kongsikan bersama...TQ pada kalian berdua...atas resepi nie...

BINGKA ROTI BERJAGUNG

Resepi : Kak Yatie JB

Resepi Asal : Cik Mat

Bahan-Bahan- loyang 10 inci

· 3 biji telur

· 1 cawan gula halus/kastor

· 100 gm mentega, dicairkan

· 1/2 sudu kecil garam

· 1 sudu kecil esen vanilla

· 12 keping roti putih, didadu

· 1 1/2 cawan tepung gandum

· 1 liter santan/ susu cair-saya guna 1 tin susu cair dlm tin 400ml dan selebihnya saya tambah air

· 1 cawan jagung krim dalam tin

Cara-Cara

1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan/susu dan kacau hingga semua sebati.

2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.

3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....

=Saya tambah 10 minit lagi utk bakar guna api atas sahaja supaya permukaan garing.

Wednesday, May 18, 2011

Baked Macaroni & Cheese

Assalammualaikum......tension betui dibuatnyer...tetiba jer komputer nie buat hal....Dah ler kena format balik semua...pepaham jelah..kalau dah kena format balik.....semua fail hilang...Nasib baik Yana ada back-up.....syukur alhamdulillah.....Dapat jugak Yana berblogging balik...Nie Yana nak kongsikan salah satu resepi yang baru pertama kalinya Yana mencuba...Rupa-rupanya anak-anak amat menggemarinya...mungkin sebab ada cheese tu kut...Rugi kalau tak mencuba....Resepi nie Yana ambik dari Kak Ummi Kuantan tu.....Yana tambah bawang merah dan bawang putih sikit dalam soso merah untuk resepi nie...Yana mintak halal ye kak, nak copy & paste jer resepi akak tu....sekali sekala makan macam nie memang sedap.....Yana buat untuk lunch tadi.....Oklah, jom kita semak resepinya di bawah nie....


BAKED MACARONI & CHEESE

ASAL : JEE

Bahan:-
(A) Macaroni

· 1/2 paket macaroni - akak guna brand San Remo

· air secukupnya untuk merebus macaroni

· sedikit minyak zaitun

· sedikit garam

(B) Sos Merah:-

· 1 botol sederhana sos spaghetti Prego ( i used Prego traditional sauce)

· 1/2 paket (200 gm) daging cincang Ramly

· hirisan hot dog

· 2 keping daun bay (akak guna dried bay leaves)

· sedikit garam (akak tambah ni)

(C) Sos Putih:-

· 2 sudu besar mentega/minyak zaitun

· 2 sudu besar tepung gandum

· 600 ml susu segar

· 2 - 3 keping sliced cheddar cheese

· 1 sudu teh serbuk lada hitam

(D) Topping - Mozarella


Cara-Cara:-


(A) Makaroni -

1. Panaskan air, minyak zaitun dan garam hingga mendidih.

2. Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk.

3. Angkat dan toskan.

(B) Sos Merah:-

· Sediakan kuali/periuk. masukkan kesemua bahan dan gaul sebati. Masak hingga mendidih dan daging masak dan agak pekat. Ketepikan dan sejukkan.

(C) Sos Putih:-

· Panaskan mentega/minyak dengan api perlahan, masukkan tepung gandum dan gaul sebati sekejap.

· Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese dan serbuk lada hitam. Kacau hingga adunan sedikit pekat dan berkilat. Angkat dan ketepikan.

Cara Melapis:-

1. Masukkan 1 1/2 cawan macaroni ke dalam loyang/casserol tahan panas. Rata-ratakan. (x perlu sapu dengan apa2 minyak/butter pada dasarnya).

2. Sudukan separuh adunan sos putih ke atas macaroni dan ratakan.

3. Sendukkan sos merah pula ke atas sos putih tadi.

4. Taburkan mozarella cheese.

5. Ulang step 1, 2, 3 dan 4 hingga penuh bekas.

6. Bakar macaroni pada suhu 160 C selama 35 - 40 minit atau hingga permukaannya nampak keemasan. (Lebih enak dimakan ketika panas atau dihidang suam. Boleh juga dipanaskan dengan microwave sebelum dihidangkan)


Mesti cuba tau!!!

Tuesday, May 10, 2011

Apam Pelangi

Assalammualaikum......Syukur alhamdulillah kerana dengan rahmatnya dapatlah Yana berblogger semula setelah sekian lama menyepi....Bercinta betul rasanya nak berblogger semula...dengan tekad dan semangatku ini aku teruskan jua....Buat permulaan nie, marilah kita kongsikan resepi apam yang sedap nie....Dah ramai blogger yang mencuba..Yana jer yang ketinggallan bas...huhuhu....tak pelah...Resepi ambik dari Akak Ummi Kuantan..Sape yang dah buat mesti tau macam mana rasanya apam nie kan!!Yana bagi kat jiran-jiran sikit....diaorang kata sedap...siap mintak resepi lagi....Dah ada pun yang mencuba....syukurlah....Buat untuk sarapan pagi..dan bekalan anak ke sekolah....Yana C & P dari rumah kak Ummi jer...mintak izin yer kak..TQ...

APAM PELANGI
Resepi:
Ilahjy

Bahan:- (akak buat - 1 loyang bulat 7 in dan 1 loyang 5 in x 5 in )

· 4 biji telur

· 2 sudu teh ovellet

· 1 sudu teh esen vanila

· 300 gm tepung gandum

· 300 gm gula halus (akak kurangkan jadi 220 gm je)

· 250 ml santan kara

· 1 sudu teh baking powder

· pewarna (akak guna warna trafik light..hehehe)

Caranya:

1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.

2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.

3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.

4. Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.

5. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Akak skop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)



Selamat mencuba.....