AYAM ALA KASSIM
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
2 sudu besar kicap pekat
3-4 tangkai daun kari
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
cara:
· gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
· kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak
· angkat dan ketepikan
· panaskan minyak
· tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak
· masukkan daun kari dan kacaukan rata
· biarkan seketika sambil dikacau selalu
· kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit
· masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
· akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
· kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk
· angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2
note: masakan lama, senang dan sedap
No comments:
Post a Comment