Tuesday, August 24, 2010

Ikan Masak Kicap Pedas

Syukur alhamdulillah....selesai sudah berbuka .....Kalau dah makan, mulalah mata nie terasa mengantuk pulak..hehehe...sebenarnya nie menu berbuka semalam...tak sempat pulak nak update..nak kata bz..taklah bz sangat....tapi, boleh diketegorikan bz sikit jer....sampai malas pulak nak update blog..hehehe....Penyakit 'M' nie dah datang balik...Dia sekejap ada sekejap tak der..macam biskut Oreo tu...

Wokeylah, resepi nie dari dapur akak Ummi yang rajin memasak pelbagai masakkan tuh...teringin pulak nak buat ikan masak kicap..Sebenarnya, Yana nie jarang-jarang sekali masak ikan kicap..tapi, tengok dalam dapur kak ummi macam menarik jer,,tu yang nak cuba tuh...Yana ganti ikan tongkol...apa-apa pun still sedap jugak..Kalau bab kicap nie, anak-anak tak menolak..asalkan ada kicap..Kesian pulak kat Along kepedasan...Lupa nak bagitau dia yang ikan tu buat pedas sikit...Sekali dia taruk kuah..sampai hitam nasi tuh..last-last..bergelas-gelas air dia minum...Maap yer Along..Mama lupa nak bagitau..hehehe...Untuk resepi nie, Yana guna apa jer bahan yang ada kat umah nie..Macam cili benggala tu tak dak...so, Yana tak bubuh...Bubuh cili merah ngan hijau jer...Oklah tuh!! Masaknya pun ringkas dan cepat..Kepada penggemar kicap tuh, bolehlah cuba resepi kak Ummi nie....Yana nak cnp resepi akak tu yer...Tenkiuuu....



IKAN TENGGIRI MASAK KICAP PEDAS

Bahan:-

· 1 keping ikan tenggiri (sederhana besar n tebal)-ganti ngan ikan tongkol

· 1/2 labu bawang besar - hiris

· 2 ulas bawang putih - dihiris

· 1 inci halia - dihiris halus

· 3 sudu besar cili kisar

· 4 sudu besar kicap pekat manis

· 1 sudu besar kicap cair

· 1 sudu besar sos tiram

· 1 sudu besar sos tomato

· 1/2 biji cili benggala hijau - dihiris memanjang

· 1/2 biji cili benggala merah - dihiris memanjang

· 1/2 biji cili merah & hijau - dipotong serong

· air secukupnya

· garam dan gula secukup rasa

· 3 sb. minyak untuk menumis

Cara-Cara:-

1. Ikan dibersih, ditoskan. Gaulkan dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.

2. Tinggalkan 3 sb. minyak untuk menumis dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi menggunakan api sederhana.

3. Masukkan cili kisar, kacau sebentar.

4. Masukkan kicap dan semua sos. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Biar mendidih sekejap dan tambah garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan ikan dan biar kuah sebati pada ikan sebentar.

6. Masukkan capsicum dan cili, kacau sebentar. Tutup api.





No comments:

Post a Comment