Salam Ahad...Sekejap jer dah masuk hari Ahad...Esok dah Isnin....Diam tak diam, dah nak dekat 15 hari kita berpuasa..Hari tu pegi cuci-cuci mata kat bazaar Ramadhan carik makan untuk bukak pose, tengok ramai betui orang jual tart telur. Tapi, rasanya tak tauler sedap ker tak..Belum pernah beli lagi.Daripada beli baik buat sendiri..Kita dah tau macam mana rasanya..mesti sedap..Kali nie Yana try buat resepi dari Hanis Myresepi...Anak Yana yang sulong tu teringin bebenar nak makan tart telur airtangan mama dia..hehehe..Memang crust pastry tart nie..Sedap pun sedap!!Tak jemu rasanya kalau dimakan..sejuk-sejuk lagilah sedap..Yana rasa ianya sesuai dengan citarasa Yana...Semalam bawa pegi umah mak..sebab berbuka puasa kat sana..Dapat sambutan jugak..Adik Yana yang nombor 3 tu teringin nak makan tart telur..Suruh beli dia tak nak..Dia nak suruh buat jugak.Kalau masak apa-apa jer..diaorang ler yang jadik testernya...dengan anak-anak..Tapi, sukatan gulanya tu Yana kurangkan sikit..Rasanya kalau ikut resepi nie mesti manis..dengan susunya lagi..Bak kata iklan, kurangkan gula dalam masakan....elak sebelum kena..cegah sebelum parah..hehehe...
Memang tak rugi kalau mencuba resepi nie...Kalau tak cuba tak tau..Kepada penggemar tart..eloklah..cuba resepi nie pulak...Manalah tau resepi nie sesuai dengan citarasa korang pulak!!
EGG TART
Sumber : Hanis Myresepi
Bahan-bahan ( 30 keping ):-
PASTRY
200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
FILLING :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula (Yana guna 3/4 cwn jer)
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning
Cara-cara:-
Pukul butter dan gula sampai kembang.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan tepung sampai jadi doh.
Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 15-20 min atau hingga telur masak.
Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
No comments:
Post a Comment