Salam Isnin sume.....Masak apa arie nie? Nie nak masukkan N3 sebelum balik kampung hari tu...Kek nie Yana buat untuk bawa balik kampung....Ramai jugak yang dah try buat kek coklat lembap Zaiima nie....Yana pun nak try jugak!! Kek coklat nie memang febret kami sekeluarga...Anak-anak terutamanya...Ingat kalau bulan tak pose..sekejap jer dah abis..nie bulan pose....slow sikit ler..Tapi, sebenarnya dah lama abis pun...hahaha.....Sedap bangat....dapat sambutan ramai....Tak rugi Yana mencuba resepi nie....
KEK COKLAT LEMBAP
Sumber Resipi : Teratak Chetam Kek Coklat Kukus Zaiima NoorMasri (very moist)
Bahan-Bahan:
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan serbuk koko
· 1 cawan susu cair
· 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap) - Yana guna butter cair
· 1/2 cawan susu pekat manis
· 1 1/4 cawan tepung gandum
· 1 tsp baking powder
· 1 tsp soda bicarbonate
· 3 biji telur
Cara
1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.
2.Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.
3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .
TOPPING COKLAT dari Noor Masri
Bahan-bahan:
· 250 g coklat masakan } potong kecil2
· 1 sudu besar majerin
· 130 ml double cream atau whipping cream
· sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional (kita ganti dgn susu pekat) - Yana pun
Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler. Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli. (yana tak lorek pun, tabur ngan coklat rice jer...)
No comments:
Post a Comment