Beginilah hasilnya...
Sedia untuk masuk mulut...hehehe.....Puas hati dapat makan lepat buatan sendiri...Tak sangka pulak sedap!! Secukup rasa..Tu pun ikut resepi jugak..Harapkan Yana...Entah apa jadiknya nanti..jadik lepat lembik pulak...Rasanya pun sedang-sedang jer..Feveret Yana nie..dengan anak yang nombor 2 tu..dia lah yang suruh buat lepat nie...Usahakan jugaklah carik daun pisang....Mula-mula buat tu rasa macam susah sikit nak membungkusnya..maklumlah..tak pernah buat lagi...Kali keduanya tu dah ok....Memang sedap kalau di makan panas-panas....Lain kali boleh buat lagi....
Bahan:- ( 7 - 8 keping)
· 8 biji pisang emas/berangan - Yana guna pisang emas
· 1/3 cawan gula pasir
· 3/4 cawan tepung gandum
· 1/2 sudu teh garam
· 1/4 cawan santan pekat (*akak guna santan kotak je)
· sedikit kelapa muda parut digaul dengan sedikit garam
· daun pisang secukupnya (dilayu atas api perlahan, buang bahagian keras tepi, lap dan belah lebihkurang sejengkal lebar daun)
Cara-Cara:-
1. Panaskan periuk kukusan.
2. Dalam mangkuk lecek pisang dengan gula hingga gula dan pisang hancur sedikit.
3. Masukkan santan, garam, dan tepung. Gaul rata.
4. Ambil daun pisang dan letakkan 2 - 3 sudu besar adunan pisang di tengah2 daun. Letak inti di tengahnya dan gulung daun pisang. Lipat kedua2 bahagian tepinya biar kemas. Buat hingga habis.
5. Letak/susun dalam periuk kukusan. Kukusan selama 12 - 15 minit hingga masak/kelihatan daun pisang kekuningan.
Baru beranggan2 nk buat dh ade resepinye..tenkiu2x
ReplyDeleteHehehe....cuba..jgn tak cuba...sedap nie..mcm nak buat lg jer....kena pi carik daun pisang dulu..huhuhu.....
ReplyDelete