Friday, May 28, 2010

Hepy Mother's Day


Kesian pulak kat budak kecik nie..penat2 buat kad kat sekolah..last2 lupa nak masukkan dalam blog..dah lama KIV..hehehe...Nie dia buat sempena hari ibu baru2 nie...TQ sayang..mama hargai hasil kerjamu itu...walaupun teacher dia yg tolong buatkan...

Apam Ambon

Nama apam nie nampak macam pelik sikit..Mungkin first time Yana dengar..Orang lain tak tau lah panggil apam nie apa..tengok rupa pun dah cantik..rasanya pun sedap..Yana buat untuk sarapan pagi..Malamnya Yana dah kukus..esok tinggal makan jer...Nie pun salah satu resepi dari dapur k.ummie yang Yana ambil..Mintak izin lagi yer nak siarkan resepi nie dalam blog Yana...TQ k.ummie....banyak dah resepi k.ummie yg Yana dah buat..sumenya sedap2 belaka...hehehe....

Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 in)

· 4 biji telur

· 100 gram tepung halus

· 2 sudu teh baking powder

· 110 gram gula halus

· 2 sudu the ovalette

· 40 ml susu segar (yana guna susu cair)

· 40 ml minyak masak/minyak jagung

· 2 sudu teh esen ros

· sedikit pewarna merah

Cara-cara:-

1. Panaskan pengukus.

2. Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.

3. Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder. Teruskan memukul.

4. Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi warnakan dengan pewarna merah.

6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.

7. Tuangkan adunan putih, diikuti adunan merah secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.

8. Alas penutup kukusan dengan kain nipis.

9. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak iaitu tak melekat pada lidi.

Ayam Masak Kalio

Ayam masak nie lebih kurang macam masak rendang jer...bahan2nya cuma kurang sikit..sedap jugak..Yana ambil dari majalah saji...Oklah, mari kita semak resepinya yang ringkas tu...

Bahan-bahannya:-

400gm ayam (potong sederhana)
2 sudu besar cili kering kisar
250ml santan
1 helai daun kunyit(mayang)
Minyak secukupnya
Garam & gula secukup rasa

Bahan kisar:-
4 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2cm halia
3cm lengkuas
2 batang serai
20gm kunyit hidup
200gm cili merah (buang biji, dlm 5@6 tangkai)

Cara menyediakannya:-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering kisar. Biarkan hingga garing. Masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati. Selepas itu masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.Masukkan sedikit air dan masak hingga kuah pekat. Hiaskan dgn hirisan daun kunyit.Siap! Bolehlah di makan..dgn nasi putih..makan dgn pulut kuning pun sedap.

Honey Prawn

First time buat udang masak nie..memang sedap dan rangup..sampai menjilat jari....Resepinya pun mudah..sekejap jer dah masak...Kalau buat resepi nie anak-anak pasti suka...Nanti nak buat lagi..Yana guna udang laut..sedap sikit..guna udang biasa pun boleh..terpulang pada diri masing2.Nie pun dah tinggal ciput jer..untuk snap gambar...pas nie..abis le...Yana jumpa dalam resepi K.ummie...yang rajin memasak tu....Yana minta izin nak C & P resepi k.ummie tu yer...Thanks...

Bahan-bahan :-
  • 400 gm udang basah (digoreng sehingga masak)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sk rempah 5
  • 2 sudu makan sos cili
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sdt sos tiram
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • lain-lain bahan hirisan jika suka : cili merah, daun bawang, capsicum

Cara-cara :-

  1. Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan rempah 5 hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan cili padi. Kacau lagi. Boleh tambah air sedikit.
  3. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Kemudian masukkan madu, jus lemon dan daun ketumbar. Kacau hingga kuahnya pekat.
  4. Akhir sekali masukkan bahan2 hirisan yang lain. Hidangkan setelah masak.

    Memang sedap! Kalau tak caya cuba buat sendiri....

Wednesday, May 26, 2010

Pandan Muffin

Muffin yang gebu dan sedap. Bau pun harum semerbak. Kalau guna unsalted butter, muffin atau kek pasti sedap. Tapi, butter jenis nie cekik darah sikit...sekali-sekala guna butter nie boleh le...kalau nak sedapkan kek....hehehe...Ikut resepi nie Yana dapat 24 biji muffin...banyak gak tu..bergantung pada acuan muffin masing2 gak..Oklah, meh kita semak resepinya..

Bahan-bahannya:-
180gm unsalted butter
140gm gula halus
2 biji telur Gred A
80ml susu segar ( Yana guna susu cair jer)
1 st esen vanila
220gm tepung gandum*
2 st baking powder*(*disatukan & diayak)
1 st pandan paste
sedikit chocolate chip utk hiasan

Cara membuatnya:-
Putar butter, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang.Masukkan esen vanila dan putar lagi.Perlahankan speed & masukkan tepung berselang-seli dgn susu cair hingga habis. Gaul rata.Akhir sekali masukkan pandan paste dan kacau agar warnanya sekata.Sudukan ke dlm acuan muffin pilihan sebanyak 3/4 penuh, tabur sedikit choco chip dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga masak.Bergantung pada oven masing2...
Selamat mencuba!

Donut Oren

Buat untuk makan petang....sedap dan gebu...buat donut nie main campur2 dan agak2 jer..tapi, alhamdulillah..menjadik jugak....Macam gak resepi donut yang lain bahan2 asasnya Yana guna tepung roti (tepung gandum pun boleh), yis,shortening, secubit garam, sedikit gula, sedikit susu tepung,sebiji telur,sedikit parutan kulit oren dan sedikit air..Yana tambah 2@3 biji ubi kentang yg telah direbus, kemudian dilecek..tu petua untuk melembutkan donut.Uli sampai doh dah tak melekat di tangan..Perap lebih kurang 1/2 jam..Tekan ikut acuan donut..Yana guna mulut cawan jer..hehehe...Goreng....Dah agak kekuningan angkat dan toskan..Gaul dengan gula ising....sedap....bila makan panas2....

Saturday, May 22, 2010

Nasi Briyani Udang

Nasi nie yang kali kedua Yana buat..Kali pertama tu guna udang galah, macam dalam resepi..kali nie pulak guna udang laut..yang besar2 Yana beli kat pasar..Menu nie memang sedap dan menyelerakan....anak-anak suka makan..mudah jer nak membuatnya...Kalau buat jer mesti habis punya..Yana ambik dari dapur CMG tu ha..yang rajin memasak...mintak izin copy & paste resepi yer Mat..Nasi nie kosong jer..tak buh bahan hiasan pun....lupa pulak nak bubuh...yang nampak cuma udangnya jer...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan (mat guna udang galah)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata)
3 tangkai daun ketumbar
750 ml air
250 ml susu cair
1/2 cawan lobak merah yang didadu
1 camca besar minyak masak
3 camca besar minyak sapi
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa dan secubit gula

BAHAN TUMIS :-)
2 biji bawang merah, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihirs
2 cm halia, dititik
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca besar rempah beriani (mat tak letak, tapi tetap sedapp!!)

BAHAN LAIN :-)
1/3 cawan kismis, goreng sedikit
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan.
  2. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan beras dan rempah ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata.
  3. Masak nasi seperti biasa. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng. Biar nasi tanak betul2. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar. Nak makan dengan dalca pun ok....

Choco Chip Muffin

Muffin nie Yana buat untuk anak-anak bawa kat sekolah. Diaorang kata kat sekolah nak adakan jamuan...nie pun last minit buat...Anak yang sulung tu kurang sihat sket..Mula-mula katanya tak nak pegi sekolah...jadi, Yana tak buat apa-apa le...last minit, dia kata nak pegi pulak..apalagi...cari resepi yang mudah dan cepat....nielah hasilnya....Muffin nie memang mudah dibuat..main kacau-kacau..jer..tapi, hasilnya memang sedap....Yana tabur jek coklat chip kat atasnya tu..sebab tak cukup coklat chip..hehehe.....kalau nak cuba buat boleh jer...nie dia bahan-bahannya......

CHOCOLATE CHIP MUFFIN

Bahan disatukan dan diayak:-
250g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu segar ( Yana guna susu cair jer)
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanila

Bahan lain:-
175g gula halus
150g chocolate chip (Yana tak bubuh, sebab x cukup)
50g chocolate chip utk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan bahan2 yg diayak bersama gula halus dan 150g chocolate chip, gaul rata. Tuang bahan2 yg dikacau rata dan gaul hingga semua sebati dan mesra.
  2. Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan chocolate chip.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 18-20minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang seisi keluarga....

Marble Cake 3 Rasa

First time buat marble kek. Nasib baik menjadik. Kek nie ada tiga rasa tau, coklat, strawberry dan oren..Macam biasa, bab buat kek nie mestilah ambik dari dapur Cik Mat Gebu tu...Resepi nie ikut resepi Kek Marble Trio..CMG. Terima kasih atas resepi kek yang sedap nie...macam nak buat lagi jer..Cuba guna unsalted butter pulak. Yana copy & paste je lah dari dapur mat..yer...hehehe......

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco + 1/2 camca teh pewarna merah jambu(Yana tmbh)
1 camca besar "sunquick" perisa orange + 1/2 camca teh pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + perisa oren . Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

Pancake Untuk Sarapan Pagi

Selamat pagi....nie dia hasil pancake buatan sendiri...cuti-cuti nie malas pulak nak pegi beli sarapan..buka-buka blog jer carik resepi...Nie resepi dari k.ummi rasanya..apa-apa pun terima kasih...walaupun simple..tapi kenyang jugak untuk breakfast pagi nie..hehehe....

SUPER YUMMY BREAKFAST PANCAKES
Bahan:-
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 2 sb. gula kastor
  • secubit garam
  • 2 biji telor, diasingkan
  • 75 ml susu segar (*akak tambah sikit jd 85 ml)
  • 1 sb. minyak sayur
  • 1/2 sk. esen vanila

Cara-Cara:-

  1. Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan, masukkan gula dan garam. Gaul rata.
  2. Buat lubang di tengah tepung, masukkan kuning telor, suus segar dan esen vanila dan minyak.
  3. Kacau rata dengan whisk hingga sebati.
  4. Pukul putih telor dalam bekas yang bersih dan kering hingga bertanduk (stiff)
  5. Masukkan 1/4 bahagian putih telor ke dalam adunan tepung tadi dan sebatikan untuk meringankan adunan. Kemudian masukkan lebihan putih telor dan kacau balik perlahan-lahan.
  6. Panaskan non stick pan dan sapukan sedikit minyak, guna api perlahan.
  7. Letakkan 2 sudu besar adunan di tengah pan. (biarkan jarak 2 cm di antara tepi pan).
  8. Bila telah nampak menggelembung, terbalikkan pancake dan masak lagi sebelah bahagian. Biarkan kedua2nya masak keperangan.
  9. Hidangkan panas-panas dengan filling atau syrup kegemaran.

Thursday, May 20, 2010

Sukatan Imperial / Metrik

Sukatan Imperial
Sukatan Metrik
Sukatan Cawan Metrik
(anggaran)
Sukatan Cecair Metrik
(anggaran)
1/2 oz
15 g

-


-

1 oz
30 g
1/4 cawan
60 ml
2 oz
60 g
1/3 cawan
100 ml
3 oz
90 g
1/2 cawan
125 ml
4 0z
125 g

-

150 ml
6 oz
185 g
3/4 cawan
180 ml
8 oz
250 g
1 cawan
250 ml
12 oz
375 g
1 1/4 cawan
310 ml
16 0z
500 g
1 1/2 cawan
370 ml
24 0z
750 g
2 cawan
500 ml
32 0z
1000 g
2 1/2 cawan
625 ml
3 Ib
1500 g (1 .5 kg)

-

-

1 tahil = 38 g
3 tahil = 100 g
1 kati = 600 g

1 cawan metrik = 250 ml
4 cawan metrik = 1000 ml (1 liter)
1 sudu teh metrik = 5 ml
1 sudu meja metrik = 20 ml



Lain-lain Sukatan (anggaran) :



1 cawan gula/gula halus = 7 oz / 200 g
1 cawan beras = 6 oz / 185 g
1 cawan tepung = 4 oz / 125 g
1 cawan sagu = 5 oz / 140 g
1 cawan serbuk koko = 3 oz / 100 g
1 cawan horlicks = 3 oz / 100 g
1 cawan serbuk coklat = 3 oz / 100 g
1 cawan oats = 2 oz / 80 g
1 cawan cornflake = 30 g




Imperial
Sukatan Metrik
(anggaran)
Imperial
Sukatan Metrik
(anggaran)
1/16 inci
1 mm
2 1/2 inci
63 mm / 6.3 cm
1/8 inci
3 mm
3 inci
76 mm / 7.6 cm
1/6 inci
4 mm
4 inci
100 mm / 10 cm
1/5 inci
5 mm
5 inci
126 mm / 12.6 cm
1/4 inci
6 mm
6 inci
150 mm / 15 cm
1/2 inci
12 mm / 1.2 cm
7 inci
176 mm / 17.6 cm
3/8 inci
9 mm / 1 cm
8 inci
200 mm / 20 cm
5/8 inci
15 mm / 1.6 cm
9 inci
230 mm / 23 cm
3/4 inci
18 mm / 1.8 cm
10 inci
250 mm / 25 cm
1 inci
25 mm /2.5 cm
12 inci / 1 kaki
302 mm / 30 cm
1 1/4 inci
31 mm / 3.1 cm
36 inci / 1 ela
906 mm / 90 cm
1 1/2 inci
38 mm / 3.8 cm
60 inci
1500 mm / 150 cm
/ 1 .5 m
2 inci
50 mm / 5 cm






cm = sentimeter
mm = milimeter
m = meter