Thursday, September 30, 2010

Kek Lapis Prune Raspberry

Nielah rupanya selepas di potong..lapisan atas tu nampak mcm tebal sket...almaklumlah..dah akhir..sayang pulak nak buang...tu yang nampak tebal sket...hehehe...



Resepi kek lapis nie Yana ambik dari brother kita yang dok kat Singapore tu...Sapa lg kalau bukan Bro Rozzan kita tu....memang semua kek lapis dia sedap2 kan...Pandai pulak tu dia mengubah citarasa kek lapis...Walaupun begitu, hasilnya tetap sedap....Memandangkan filling raspberry tak de...so, Yana gantikan dengan blueberry....Tapi, still sedap jugak!! Hehehe...Yana nak ucapkan terima kasih bebanyak pada rozzan atan resepi kek lapis prune yang sememangnya sedap nie..Yana nak kongsikan resepi tu kat sini yer...Nak Copy & Paste je resepi Bro tu...Maceh.....

KEK LAPIS PRUNE

Bahan-Bahan
500 gm mentega

180 gm gula

1 sudu besar ovalette (boleh ditiadakan) - Yana bubuh
10 biji telur saiz sederhana

1/2 tin susu pekat manis

300 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks
100 gm jem raspberry - tukar blueberry hehehe..
200 gm prune (dipotong kecil-kecil)
sedikit pewarna merah


Cara:
Pukul mentega, gula & ovalette hingga kembang (kira-kira 5 minit). Masukkan telur sebiji sebiji dan terus pukul. Masukkan pula susu pekat manis lalu dikacau lagi. Kemudian masukkan horlicks dan tepung. Kacau lagi hingga rata dan sebati. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu dibiar plain manakala yg satu lagi dibubuh jem raspberry dan pewarna merah. Bakar selapis selapis sehingga masak. Pada setiap lapisan kedua dibubuh buah prune.



Wednesday, September 29, 2010

Ayam Lemak Keledek

Fening jugak kepala nie memikirkan nak masak apa hari nie.....Fening-fening lalat jadiknyer....Kebetulan, stok ayam pun masih ada lagi...perabihkan stok tu dulu..baru beli stok bahan mentah lain....Tapi nak masak apa yer??? Ting!!! Baru Yana teringat tentang majalah saji yang telah lama terperuk kat dalam laci nie...belek2...cari resepi yg ringkas, mudah & cepat..Yelah...nanti nak pegi ambik anak balik sekolah...pastu nak hantar anak yg sorang lagi tu pegi sekolah pulak....Dah jadik macam teksi mother da.....Teksi pun teksilah..janji hari nie Yana masak...Alhamdulillah..setelah di masak..dan di rasa..memang secukup rasa...Pada tekak orang lain tak taulah...

Resepi asal guna ayam kampung..Biasanya kita masukkan ubi kentang dalam masakan...Tapi, resepi nie guna ubi keledek pulak. Memang satu kelainan. Kat dalam gambar nie ubi keledeknya dah tak nampak..sebab time merebus tu terlebih masa..dah le sebati dengan kuah ayam tu...Itulah ubinya tu tak muncul-muncul...hehehe...Tak baca habis2 peraturan dalam majalah nie..Ingatkan rebus sampai empuk....Dekat sini bukan tak de ayam kampung, ada..tapi kena balik kampung dulu tangkap ayam..pastu sembelih...hahaha...tu baru namanya ayam kampung..Kat kampung Yana memang banyak ayam kampung..Nak yang dara, teruna..macam-macam ada...Tak de ayam kampung, belasah je ayam bando..janji boleh di makan...Kalau nak mencuba resepi nie silakanlah..sediakan bahan-bahannya dulu seperti yang tertera di bawah.....

Ayam Kampung Lemak Keledek
Sumber : Majalah Saji Keluaran APRIL 2006

Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam kampung (potong 12)
2 biji ubi keledek (potong dadu)
1 tangkai cili merah*
5 tangkai cili padi*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
4cm kunyit hidup* (*blender)
1 labu bawang besar (belah 4)
1 batang serai (titik)
1 keping asam gelugur
250ml santan pekat
2 helai daun limau purut(hiris)
Garam & gula secukup rasa

Cara Menyediakannya:-
  • Ayam di goreng separuh masak & ketepikan.
  • Ubi keledek direbus setengah empuk & ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar & serai hingga pecah minyak.
  • Setelah naik bau,masukkan ayam dgn sedikit air. Didihkan hingga ayam empuk.
  • Kemudian, masukkan santan, ubi keledek, asam gelugur, bawang besar, daun limau purut, garam & gula secukup rasa.
  • Siap untuk di hidangkan.
Selamat Mencuba....





Sunday, September 26, 2010

Blueberry Chiffon Cake

Kek nie Yana buat sebab petang tadi ada jamuan raya kat rumah mak sedara...Tak kan datang dengan tangan kosong jer kan..Pastu datang semata-mata nak makan..Jadi, Yana buatlah blueberry chiffon cake nie sebagai buah tangan...Memang sedaplah..kalau chiffon berperisa nie...Anak-anak cukup suka...Maknya pun.....Lembut & gebusss jer...Sebenarnya resepi nie dah lama Yana simpan..Ambik dalam dapur Mat...Dah banyak chiffon cake dia yang Yana cuba..semuanya sedap-sedap belaka...Cuma yang belum buat lagi chiffon gula merah, keju & yogurt...nantilah..bila-bila kena cuba jugak..Baru tau macam mana rasanya...Tak cuba tak tau..hehehe...

Terima kasih bebanyaklah Yana ucapkan pada Mat atas semua resepi chiffon dia tu...Yana nak mintak izin, halalkan dunia akhirat ye Mat...Yana nak copy je resepi Mat tu...Tenkiu..lagi sekali....Kalau ada umur yang panjang..bolehlah Yana copy resepi Mat tu lagi...hehehe...

BAHAN A :-)
4 kuning telur
70 ml susu cair
70 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
45 ml air
100 g gula halus
1 camca besar bluberry paste
2 camca besar blueberry filling
150 g tepung halus (mat guna tepung gandum je)* - Yana guna tpg halus
1 camca teh baking powder*
Secubit garam halus *(
*disatukan, gaul rata dan ayak)

BAHAN B :-)
4 putih telur
90 g gula halus
Secubit cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Siapkan tin chiffon berukuran 23cm...JANGAN...lenser dengan apa2, biar macam tu saja. Dalam satu belas, campur semua bahan2 "A" dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan mesra. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk adunan yang bersih dan kering. Masukkan putih telur, putar pada kelajuan sederhana hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, putar pada kelajuan tinggi hingga menjadi "meringue" seperti gambar no 2.
  3. Kemudian masukkan "meringue" tadi ke dalam adunan no 1 dan gaul rata menggunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam tin chiffon tadi. Bakar 40 - 45 minit hingga permukaan kek nampak kuning keemasan, kering dan kek sedikit mengecut di bahagian tepi2nya.
  4. Keluarkan dari oven dan dengan berhati2, terlungkupkan tin tadi dalam posisi terbalik (seperti dalam gambar). Biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan macam tu. Kemudian sisip tepi kek dengan pisau kecil dan tarik keluar. Sisip juga bahagian bawahnya supaya mudah tanggal. Boleh lah hidangkan......Selamat mencuba...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau letak gris pada tin kek, nanti kek tu tak boleh nak "hold" dan mudah jatuh balik. Lagi satu kalau nak buat kek chiffon pandan, ganti susu cair tu dengan santan dan blueberry paste tu pulak dengan pandan paste....blueberyy filling tu tak payah lah letak yeaa...Proses yang lain semua sama seperti di atas, lagi satu..resipi ni mat guna telur gred "B"

Saturday, September 25, 2010

Kuih Lapis Pisang

Teringin pulak nak makan kuih lapis pisang nie.Tengok dalam rumah akak Ummi..nampak macam sedap jer...Stok pisang pun ada kat umah nie...Dah tak tau nak buat kuih apa untuk berbuka pose hari tu..Nasib baik ada resepi nie..Yana cuba buat...Alhamdulillah...Sedap jugak yer..kalau pisang di buat kuih lapis....hehehe...Kalau simpan dalam peti sejuk lagi sedap di makan.....Nyaman jer...Kalau sesiapa yang nak mencuba..silakan..tak rugi punya...sedap tau!! Bagi yang suka makan pisang ler..Yana nie memang suka kalau bab kuih lapis ngan talam nie..hehehe....Yana nak C & P resepi akak tulah yer..Tenkiu....

KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci)
Sumber: Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza)

Bahan A:-

· 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)

· 1 cawan tepung gandum

· 1 cawan gula pasir

· 2 sudu makan tepung beras

· 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)

· 1 sudu teh garam

Bahan B:-

· 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek

· 1/4 cawan air

· sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)

Bahan C:-

· 1/4 cawan air

· sedikit pewarna merah

Cara Membuat:-

1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.

2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.

3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.

4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.

5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.

6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.

7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).

8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.

9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.





Friday, September 24, 2010

Mee Goreng Simple

Salam Syawal...Alhamdulillah....kita masih lagi di bulan Syawal..mungkin ada di antara kita yang dah selesai berpuasa sunat.....Yana belum abis lagi.....tinggal 2 hari jer...Pastu raya lagi sekali....hehehehe..Moh le kita layan resepi berbuka Yana semalam....pose sorang-sorang...Masak pun simple jer....Huhuhu....

Mee Goreng Simple

Bahan-bahannya:-

500gm mee kuning
6 tangkai cili merah*
Segenggam udang kering (direndam & ditoskan airnya)*
1 biji bawang besar* ( * blender)
3 ulas bawang putih
1 keping tauhu (potong kecik2)
1 biji telur
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan kicap pekat manis
Sedikit air asam jawa
fishball
sawi
Garam & gula secukup rasa...

Cara penyediannya:-
  1. Panaskan minyak..Goreng tauhu hingga hancur & garing. Ketepikan.
  2. Lebihan minyak tadi, tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi..Masukkan juga fishball, sos cili, kicap pekat, air asam jawa, garam & gula..Biarkan kuah pekat sedikit..
  3. Masukkan mee & sawi..Pecahkan sebiji telur..Biarkan kering sedikit..Masukkan tauhu yg telah digoreng tadi.
  4. Siap untuk dihidangkan...


** Kalau nak bubuh udang, ayam & daging pun boleh gak...Yana tak bubuh... buat simple jer..Kalau bubuh udang, lagi sedap...

Sunday, September 19, 2010

2nd Round Raya Cookies...

Biskut nie dah 4 kali Yana buat..memang mendapat sambutan hangat...kalau wat banyak pun mesti habis jugak.....Sedappppppp.....sangat..

Biskut Suji Salju, ambik resepi CMG..hehehe...yg nie pun sedap jugak!!

Ambik dalam dapur CMG lagi...Biskut Kelapa Delima....Hari nie dapat buat 3 jenis biskut jer....Biskut yang dibuat sebelum nie, semuanya dah abis..tu yang buat sekali lagi tu....kesian pulak kat tetamu yang datang rumah, makan kerepek jer....tu yang merajinkan diri buat biskut nie..Lagi pun, anak-anak suka makan...Tak rugi kalau buat lagi....Yana buat lebih sikit, sebab adik nak bawa balik hostel...nak jamu kengkawan dia...Penat pulak rasanya hari nie...Tapi, Yana puas hati dengan hasilnya.....Insyallah...raya haji nanti buat biskut lagi....tu pun kalau ada permintaan......hehehe.....Nak tidur awal malam nie, sebab esok nak pose.....Nanti nak bangun sahur pulak...

Friday, September 17, 2010

Kek Lapis Masam Manis...

Taraaa......Nielah hasilnya kek lapisku....

Sedap rupanya kek lapis masam manis nie...Patutlah kek nie femes time hari raya..Orang yang datang beraya kat umah pun tanya gak..ada wat kek lapis masam manis tak?? Dengan berkat kesungguhan dan daya usahaku ini..Dapatlah aku siapkan sebijik kek lapis masam manis nie..Walaupun terpaksa berdiri & berjaga berjam-jam lamanyer..huhuhu..Hasilnya cukup memuaskan hati...Lain kali kalau buat lagi, asamnya tu kena susun rapat2 sikit..Kalau nak beli kek lapis sebesar nie, mau dalam RM60-70....Buat sendiri jer...Nie projek tengah malam kelmarin..Yana wat makan-makan kat umah nie..Pas tu nak promo sikit kek lapis buatanku nie..hehehe....sambil makan, sambil promo...Apa salahnya...Macam pepatah melayu tu ada berkata.."Sambil Menyelam, Minum Air..."..Buat 2 in 1...Nie pun dah tinggai setengah...Sapa tak seronok tengok hasil kerja sendiri..bila orang makan banyak..dan kata sedap pulak tuh!! Bukannya nak puji diri sendiri..Tapi, kalau sesiapa yang dah mencuba buat kek lapis nie..mesti diaorang tau..macam mana hasil kerja masing-masing...Kena ada usaha dan kesungguhan..Pastu kena banyak-banyak bersabar..Wat kek lapis nie kena banyak bersabar..Memang menguji kesabaran betul...Kalau nak buat siang-siang sibuk dengan keje rumah ngan anak-anak..Jadi, masa yang sesuai..kenalah wat malam..Itulah yang kena berjaga berjam-jam tu...Nak baring kejap pun tak boleh..Takut nanti tertidur pulak..Kek hangus dalam oven...

Resepi kek lapis nie Yana ambik dari dapur Mat...Asalnya dari Bro-Rozzan..Yana tengok Hana pun dah buat jugak..Sama-samalah kita yer..Kalau jamu tetamu dengan kek lapis nie mesti diorang suka...Tak payah lagi nak ke Sarawak beli kek lapis...Buat sendiri pun sedap...hehehe..Kek lapis nie jugak ada banyak resepi..kena cuba satu-satu yang mana sesuai dengan citarasa masing-masing..Buat permulaan nie, Yana cuba resepi nie dulu..Insyallah...lain kali nak cuba resepi lain, tukar citarasa pulak...Nak cuba yang kukus pulak.Terima kasih bebanyak pada kalian berdua atas resepi kek lapis yg sedap bangat nie...Kalau sesiapa yang nak mencuba silakan...Tapi, kena bersabar yer....Sabar tu kan separuh dari Iman....Yana nak copy & paste jelah resepi kalian tu kat sini yer....

KEK LAPIS HAW FLAKES (MASAM MANIS)

Bahan-Bahannya :-)
450 g mentega (Guna mentega GC lg sedap)
190 g gula halus (mat guna 150g)
10 biji telur gred A
300 g biskut "Marie", dikisar halus
1 tin kecil susu pekat manis(Yana wat 3/4 jer..xnak manis sngt)
85 g seri kaya
1 camca teh esen vanilla
2 bungkus asam manis (Haw Flakes), setiap bungkus ada 10 pack
1 camca teh pewarna makanan merah, hijau dan kuning

Cara membuatnya :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C (api atas dan bawah). Lenser tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (adunan akan kelihatan berbiji2), masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Putar hingga sebati.
  3. Perlahankan speed, masukkan biskut marie kisar sedikit demi sedikit hingga habis dan tuang esen vanilla. Gaul hingga semua rata, bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan letak warna merah, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian. Kacau hingga rata.
  4. Tuang 4 camca besar adunan warna kuning, ratakan dan bakar hingga masak. Keluarkan dan tuang lagi 4 camca besar adunan kuning, ratakan dan bakar kembali (kali ini tukar pada api "grill" sahaja) hingga masak.
  5. Kemudian tuang 4 camca besar warna hijau, ratakan dan susun asam manis (haw flakes). Bakar kembali hingga masak, tekan2 sedikit dengan sudu dan tuang 4 camca besar adunan hijau, ratakan dan bakar hingga masak.
  6. Diikuti dengan warna merah sebanyak 2 lapis. Susun asam manis pada lapisan ke tiga. Buat hingga siap.
  7. Kek akan menjadi = Kuning 2 lapis + haw flakes + Hijau 2 lapis + haw flakes + Merah 2 lapis + haw flakes dan seterusnya....Selamat mencuba!!!

Tuesday, September 14, 2010

Koleksi Kek Lapisku Di Hari Raya...

Salam Syawal buat semua teman-teman blogger....Hari nie dah masuk raya kelima umat Islam beraya...Mesti ada yang buat rumah terbuka kan...Anak-anak pun masih bercuti lagi...Kalau kengkawan nak tau, nielah hasilnya kek lapis yang Yana buat untuk di jamu pada tetamu yang datang beraya kat rumah.....Resepi macam biasalah....tukil yang sana...tukil yang sini.....Macam nielah jadiknya...Yana tak buat loyang besar..buat loyang kecik jer..Tapi, pelbagai rasa...hehehe...Nie pun dah nak abis..Adik bawa balik sikit..Bagi kat sedara mara rasa lagi..kengkawan lagi...tinggai beberapa potong jer....Raya pun setahun sekali kan..Apalah salahnya kita jamu orang dengan kek lapis pulak...Memang sesuailah..kek nie dijadikan juadah pada musih perayaan...Ramai jugak yang menyukainya....Ada jugak yang puji sedap....Malu-malu kucing aku jadinyer...hahaha...Antara kek lapis yang Yana buat kek lapis Pandan Choco-Berry, kek lapis Dwi-berry, kek lapis Cheedar Cheese & kek lapis Dewi Berry..Dua kek lapis tu Yana ikut resepi K.Ima..yang satu tu ikut resepi kek lapis Dayang Kek Sarawak..& satu lagi tu Bro-Rozzan punya....

Terima kasih bebanyak pada penyumbang resepi kek lapis nie...Tak rugi Yana cuba membuatnya..Sementara masih rajin lagi nie...Nanti Insyallah..nak cuba buat kek lapis masam manis pulak...Ramai jugak yang tanya, nak rasa kek lapis masam manis nie...Harap2 menjadik ler....

Monday, September 13, 2010

Ketupat Palas & Serunding Daging

Homemade ketupat palas....Belum masak lagi nie...

Nie yang dah siap masak....

Serunding daging..sumbangan ibuku....Yana buat rendang ayam jer....Malas pulak rasanya nak buat serunding....ambik jelah kat rumah mak..Memang Yana dah tau..kalau mak buat mesti banyak....Yana ambik sikit...hehehe....Dah umah pun dekat....Menu ketupat nie Yana buat pada raya pertama & kedua....kebetulah ada lebih lagi sket..semalam Yana rebus lagi...Kebetulan pulak tu ada member nak datang umah...Jamu depa ketupat nilah.....Dapatlah depa merasa ketupat hasil buatanku ini....Dah 2 kali raya Yana buat ketupat palas nie....First time buat tu tak menjadik sikit...Raya tahun nie, alhamdulillah....menjadik elok gituk!! Anak Yana pun suka makan ketupat palas nie....Belajar pun dari mak mertua..tengok cara dia buat..pastu cuba buat sendiri pulak...Orang utara....Inilah menu depa masa raya....Buat ketupat nie pun bukannya susah sangat..senang sesangat..main gulung2 jer..tapi, gulung tu biarlah berskill..kalau main belasah jer tak jadik gak..hehehe.....Nak makan lagi dah abis pulak..Agaknya ada lagi tak orang jual daun palas nie kat pasar ha??? Kalau tak der..nampaknya kena tunggu raya haji le pulak baru boleh buat lagi....huhuhu...Sabar jelah....

Koleksi Biskut Rayaku....

Nie koleksi kerepek & kekacang...Beli jer...hehehe..

Ha! Yang nielah sekut yang Yana buat sendiri...Yana buat tak banyak adalah 5@6 jenis...Antaranya biskut suji kristal, cornflakes crunchy cookies, chocolatechip cookies, cheezy crunchy cookies, Almond London, semperet aneka warna & rasa, biskut badam...dan banyak lagilah..Sampai tak senarai....hehehe...Ada lagi sekut tu yang tak sempat nak masuk dalam balang sebab balang kuih dah tak der....huhuhu....bubuh dalam balang biasa jer...Nie masa baru-baru buat tu..banyak lagi....Tapi, hari nie, dah masuk raya keempat..tinggai separuh dah..Nampaknya, nanti kena buat lain....Nasib baik stok bahan masih ada lagi..memang Yana beli sekali harung jer...Beli banyak sekali. Kalau nak buat nanti senang..sume bahan dah ada...

Jeles pulak tengok Mat & Hana buat kek lapis masam manis tu...Rajin betui diaorang tuh!! Teruja pulak nak mencuba...memang time raya orang tanya kek tu ada buat ke tak?? Nanti kena cuba buat jugak nampaknyer....Yana nak ucapkan jutaan terima kasihlah...pada teman-teman blogger atas resepi sumbangan korang tu...memang sume sedap2 belaka...orang yang datang berkunjung pun tak henti-henti makan....siap tanya resepi lagi....Nasib baiklah Yana nie pemurah orangnyer...hahaha..Puji diri sendirilah nampaknyer...Aku dermakanlah resepi sekut tu kat sesiapa yg nak mencuba....agaknya depa nak buat untuk jamu tetamu kut..hehehe...kongsi resepi apa salahnya kan....Mudah-mudahan...murah rezeki aku pada tahun nie.....Amin...



Thursday, September 9, 2010

Biskut Chocolate Chip Rangup

Memang sedap dan rangup biskut chocolat chip nie...Kalau yang belum mencuba, cubalah sekut nie..mudah je cara membuatnya. Anak-anak pasti suka.Resepi asal dari Mamafami ...Yana ambik dari rumah akak Ummi..Nak mintak izin nak copy resepi biskut akak tulah .Tenkiu..akak berdua...Biskut nie dah nak abis..Nanti kena buat lagi....huhuhu....

Chocolatechip Cookies Rangup

Bahan A:-
125 gm butter
125 gm marjerin (*ummi guna sume butter) - Yana pun
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telor
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:-
230 gm tepung gandum ) ayak
20 gm serbuk koko ) bersama
100 gm chocolate chips
50 gm white chocolate chips (boleh gantikan dengan chocolate rice)
50 gm badam cincang (roasted)
50 gm nestum

Cara Membuat:-

· Pukul butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.

· Masukkan kuning telor dan esen vanila. Gaul rata.

· Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu/spatula.

· Sudukan adunan kecil2 (besar guli) dalam loyang (adunan akan mengembang sedikit ketika membakar).

· Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

· Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.