Sunday, June 6, 2010

Petua Dapur

  1. Tepung ganti sabun - Ambil tepung gandum dan jadikan ia seperti sabun. Cuci pinggan dgn menggunakan tepung itu.
  2. Melembutkan daging ayam tua -campurkan hirisan betik muda bersama kulit,lalu biarkan selama 5 minit. Kemudian bersihkan ayam dan masak seperti biasa.
  3. Melembutkan cendawan kering - bersihkan cendawan terlebih dahulu,sebelum direndam dgn air suam yg bercampur dgn sedikit gula pasir.
  4. Sambal tumis lebih enak - Semasa menumis sambal, cuba masukkan sedikit hampas kelapa ke dlm masakan anda tadi. Gaul seperti biasa.
  5. Petua mencuci kerang - Masukkan kerang bersama hampas kelapa di dlm besen bersama sedikit air. Kemudian gaul kerang tadi.Apbl kotoran hilang, cuci semula kerang tadi.
  6. Melemakkan pulut - Rendam pulut semalaman, kemudian masak dgn air kelapa.
  7. Elakkan sengatan ikan keli - Utk melemahkan dan mengelakkan terkena sengatan, taburkan garam ke atas ikan keli yg masih hidup itu.Biarkan seketika. Ikan keli tersebut akan lemah dan bolehlah dibersihkan.
  8. Elak belakang kuali hitam - Lumurkan minyak dibelakang kuali tersebut sebelum memasak.
  9. Daun pandan hilangkan hangit nasi - Ambil sehelai daun pandan,masukkan ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian mangkuk berisi daun pandan diletakkan di tengah nasi yg hangit itu. Tutup rapaty, setelah 20 minit barulah buka tutup periuk.
  10. Ulam kekal segar - rendam ulam selama beberapa minit dgn air yg telah dicampurkan dgn sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika.
  11. Bawang putih wangikan minyak masak - sebelum memulakan masakan, masukkan seulas bawang putih terlebih dahulu. Cara ini bertujuan mewangikan minyak tersebut, sekali gus mengharumkan masakan.
  12. Ketul ais elak nasi mentah - Kosongkan (seperti lubang)di bahagian tgh2 periuk atau kawah yg mempunyai nasi mentah.Ambil 1/2 ketul ais beku dan masukkan ke bahagian yg telah dikosongkan tadi. Tutup periuk tersebut dgn plastik beras sebelum ditutup dgn menggunakan penutup periuk.
  13. Beras pulut lembutkan daging - bersihkan sejemput beras pulut. Kemudian, masukkan ke dalam periuk yg digunakan utk merebus ayam kampung atau daging.
  14. Hindarkan lalat - Menabur sedikit serbuk lada ke atas tudung saji ataupun berhampiran makanan. Lakukan setiap kali menghidangkan makanan.
  15. Elak baju turun warna - Ambil 2 hingga 3 genggam garam kasar dan bancuh bersama air. Pastikan aras air melebihi aras pakaian. Rendam semalaman dan basuh seperti biasa keesokan harinya.
  16. Tajamkan mata pisau mesin pengisar - Ambil segenggam garam kasar dan kemudian kisar ia. Lakukan beberapa kali sehingga mata pisau kembali tajam.
  17. Mengembalikan kesegaran dapur - Rebus beberapa kepingan kulit kayu manis , bunga cengkih dan cuka. Gunakan air rebusan tersebut utk membersihkan ruangan sinki dan sekitar dapur.
  18. Halia lenyapkan bau hanyir ikan ditangan - Melumurkan halia yg ditumbuk pada tangan.
  19. Tingkap cermin dapur kekal berkilat - campuran air bersama cuka pada nisbah 1 liter air dicampurkan dgn 2 sudu makan cuka . Semburkan cecair tersebut di permukaan tingkap dan bersihkan dgn menggunakan surat khabar lama.

1 comment: