Saturday, June 26, 2010

Ayam Goreng Berempah Serai

Menu tengahari tadi...makan dengan nasi putih panas-panas....bubuh kicap...itu semestinya ada.....sekali-sekala masak ayam macam nie memang sedap..lain kali boleh makan ayam nie dengan nasi lemak pulak..Memang sedap ayam nie, ringkas dan mudah disediakan.Hari nie rasa macam letih sikitlah...Masak pun simple jer.Oklah, terus semak resepi kat bawah nie..tak de idea pulak nak tulis panjang-panjang...nak tengok bola..rasa-rasanya tak terlayan..layan..Fb jelah...hehehe.....

AYAM GORENG BEREMPAH SERAI

Bahan-bahannya:-

  • 1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong sederhana)

Bahan-bahan untuk dikisar:-

  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3 sb cili kering kisar/cili boh (lebih / kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam & aji secukupnya
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yg banyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama dengan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu persatu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah ok, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
Mesti cuba tau!!

No comments:

Post a Comment