Monday, June 14, 2010

Pau

Pau inti kacang merah....first time cuba buat pau...alhamdulillah......menjadik..gebu lak tu....Yana bubuh inti kacang merah...nak dengar citer pasai kacang merah nie tak? Sebenarnya dah lama Yana beli kacang merah nie..untuk buat pau...baru minggu nie try masak...Biasanya kacang nie kena rendam semalaman dulu kan...Nak cepat, terlupa lak nak rendam malamnya tu....Yana terus rebus.....Tau jelah..kalau kacang yang belum direndam terus direbus....ingat nak dekat 2 jam kut..barulah kacang tu lembut sikit....Dah le tu...sambil layan FBlak....terhangit sikit kacang tu dibuatnyer...hangit periukku...huhuhu.....Gara-gara FB....apa-apa pun...lain kali kena beringat-ingatler....Nasib baik tak rentung..lagi haru....Syukur alhamdulillah...abis gak pau buatan ku ini......next time buat inti kaya lak.....Ikut resepi Kak Ton..tapi, Yana ada edit sikit-sikit....

Bahan-bahan ( 10 biji )

250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) Double acting baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayuran
2g (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam

Cara-cara
1.Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
2.Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3.Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
4.***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
5.Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
6.***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
7.Bahagikan doh kepada 10 bahagian
8.Masukkan inti dan tutup kemas.
9.Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
10.***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
11.Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
12.Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
13.***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
14.Selamat mencuba...

2 comments: