Wednesday, July 7, 2010

Vadey....Oh! Vadey....

Manakam...manakam.....lamanyer dah tak bersiaran....kalau dah berhenti tu, rasa macam malas pulak nak teruskan..hehehe....'Angin' dalam badan nie bertiup sepoi-sepoi jer..Tak tentu hala..Lagi pun cuaca kat sini tak menentu..dah start ujan balik...Oklah, berbalik pada kuih Vadey nie buat makan petang 2 hari lepas...Resepi cedok dalam dapur Cik Mat..asalnya dari K.Rinnchan..Mula-mula buat tu berkecai abis vadeyku...kali nie buat ok dah..tengokler.. sendili...Ok kan? Nie kuih feberot my hubby...Lagi satu Idli...nanti kena pi tanya tukang masak kat kedai mamak tu resepi buat Idli ler pulak..anak-anak tak berapa suka sangat...depa ingat kuih apa kut..semacam jer...Apa-apa pun, tingkayu Mat atas resepi nie..K.Rinnchan jugak..nak Copy yer...:)

VADEY

Bahan-Bahannya :-)

250 g kacang dhal (mat guna 300 g)
1/2 biji bawang besar (mat guna 1 biji)
1 tangkai daun kari, dilurut dan dicuci
1 camca teh jintan manis, cuci dan toskan
1/2 camca teh garam
2 tangkai cili kering, buang biji, hiris halus, cuci dan toskan
1 biji cili hijau, hiris halus

Cara membuatnya :-)

  1. Cuci kacang dhal dan rendam 4 jam. Sementara itu, potong dadu bawang besar dan satukan bersama daun kari, jintan manis, cili kering, cili hijau dalam satu bekas. Gaul rata.
  2. Toskan kacang dhal, kisar hingga hancur (tapi jangan terlalu lumat, mat guna food processor), dan masukkan ke dalam bekas tadi bersama garam. Gaul hingga sebati.
  3. Lumur tapak tangan dengan sedikit minyak masak, ambil sdikit adunan, bulat2kan dan leperkan seperti begedel. Letak atas plastik yang telah disapu minyak. Buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Boleh dihidangkan untuk minum petang...yumm yumm...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment