GULAI SIAM IKAN TENGGIRI
Sumber: Chef Hanieliza
Bahan:-
· 500 gm ikan tengiri/merah/tbala atau kembung
· 3 cawan santan [1 biji kelapa]
· Sedikit terung pipit (akak guna 1 biji terung bulat jek) Yana pun
· sedikit buah belimbing buloh (akak xda stok, tukar timun) Yana pun...ikut jer....
· 5 helai daun limau purut
· 3 tangkai cili hijau (belah 2)
· Garam secukup rasa
· minyak untuk menumis
Bahan Mesin
· 10 tangkai cili kering
· 10 biji cili api
· 1 s/k lada hitam
· 5 batang serai dihiris
· 2 cm lengkuas
· 10 ulas bawang merah
· 5 ulas bawang putih
· 2 cm belacan
· 2 cm kunyit hidup
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan, terung dan daun limau purut. Biarkan mendidih.
4. Masukkan buah belimbing buloh dan cili hijau. Perlahan api dan biarkan mendidih dan naik minyak.
5. Bila kuah telah pekat tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.
No comments:
Post a Comment