BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan mentega, dicairkan
3 biji telur, grea A
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair (mat guna jenama "Ideal")
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
BAHAN GANACHE :-)
300 g coklat masakan*
1 camca teh mentega*
3 - 4 camca besar susu cair*(*satukan dan masak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair, kacau rata dan boleh digunakan)
BAHAN HIASAN :-)
Strawberry secukupnya
Chocolate curls secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata. Masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata.
- Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata, tuang dalam "bundt pan" berukuran 10 inci yang telah dilenser..
- Bakar pada suhu 160C selama 50 - 1 jam atau hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan chocolate ganache, chocolate curls dan strawberry. Boleh dihidangkan.
- Nak pesan, jika bakar guna tin aluminiun biasa, alas dasar tin dengan kertas minyak dan sapu dengan sedikit mentega dan bakar suhu pada 175C. Kalau guna tin yang warna hitam, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resipi, 160C...Selamat mencuba!.
No comments:
Post a Comment