Sunday, July 4, 2010

Kasui Lapis Pandan

Buat untuk sarapan pagi tadi...sekali-sekala nak try pulak buat kuih tradisional..yang telah di modenkan..hehehe....Pertama kali buat...alhamdulillah....jadik..sedap pulak tuh!! Lain kali boleh buat lagi..Ingat kalau jual leh laku kut...Yana nak ucapkan terima kasih pada K.Zana..atas resepi nie..Asalnya dari K.Rinnchan...Mata nie rasa mengantuk pulak..Dah 2 malam temankan Cik Hubby tengok bola...Sampai ke pagi..huhuhu..Malam nie nasib baik tak de bola....leh tido awai sikit...Esok anak-anak nak sekolah....Oklah, terus semak resepinya kat bawah nie yer....


KASUI PANDAN LAPIS

Bahan2 lapis gula merah:

· 1 1/2 cwn tepung gandum 1/2 cwn tepung ubi

· 1 sudu makan tepung pulut

· 1 cwn gula merah

· 1/2 cwn gula pasir

· 3 cwn air

· 2 camca teh air kapur makan

Cara-caranya:

· 1. Kisar kesemua bahan.

· 2. Tapis sekiranya masih terdapat tepung yang tidak larut sepenuhnya. Ketepikan.

Bahan2 lapis pandan:

· 7 helai daun pandan

· 150ml air

· 3 /4 cwn gula pasir

· 400ml air

· sedikit pewarna hijau (optional)

· 150gm tepung beras

· 70gm tepung ubi

· 1 camca teh air kapur makan

Cara membuatnya:

· 1. Potong kecil2 daun pandan dan kisar bersama 150ml air.

· 2. Tapis utk mendapatkan jus pandan.

· 3. Campurkan kesemua bahan2 lain dan kisar.

· 4. Tapis sekiranya masih terdapat tepung yang tidak hancur.

Cara2 utk mengukus:

· 1. Panaskan pengukus. Jgn lupa balut tudung pengukus dgn kain

· 2. Alas loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak masak. Ini utk memudahkan kita mengeluarkan kuih. ( * zana guna loyang 9". )

· 3. Sukat 1 1/2 cwn adunan gula merah dan tuang ke dalam loyang. Kukus 10min.

· 4. Sukat 1 1/2 cwn aduanan pandan dan tuang ke atas lapisan lapis adunan gula merah tadi.

· 5. Lapiskan satu persatu sehingga habis.

· 6. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.

· 7. Hidangkan dengan kelapa parut putih yg telah digaul dgn sedikit garam. (* Utk mengelakkan kelapa parut drpd cepat basi, kukus seketika)

No comments:

Post a Comment