Siakap Sup Berlengkuas
Bahan-bahan :
· 1 ekor siakap XL (dibersihkan)
· 3 cawan air
· 3 ulas bawang putih (diketuk)
· 5-6 biji cili api (diketuk)
· 2 biji tomato (dibelah 4)
· 2 batang serai (diketuk)
· 1 inci lengkuas (dihiris/diketuk))
· 1/2 inci halia (dihiris/diketuk)
· sedikit garam
· 2 sudu makan sos tiram
· 2 biji limau nipis (diambil jusnya)
· 1/2 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
· sedikit hirisan daun sup
Cara-cara :
1. Didihkan air di dlm kuali besar. Masukkan serai, bawang, lengkuas dan halia. Biarkan ia mendidih seketika.
2. Masukkan sos tiram. Kacau perlahan. Kemudian barulah dimasukkan ikan, cili api, sedikit daun sup dan garam secukup rasa.
3. Setelah ikan hampir masak, masukkan jus limau dan bancuhan tepung jagung. Kacau rata2. Akhir sekali masukkan tomato.
4. Setelah masak, taburkan lebihan daun sup. Hidangkan panas2.
No comments:
Post a Comment