Wednesday, July 7, 2010

Kuih Lapis Marble Kopi

Yahoo!!!! Akhirnya jadik jugak xperimen pertamaku memarble kuih nie...jenuh jugak yer kalau nak melapisnya tu...dok ulang alik bukak tutup, bukak tutup, penutup kukus tu jer..sambil temankan Hubby tengok bola, aku pulak sibuk melapis kuih kat dapur...hehehe....Tapi, puas hati hasil titik peluh sendiri..Resepi Yana ambik dalam dapur K.Ummie..Tingkayu kak atas resepi kuih nie..Nanti nak try buat yang pandan pulak...Dah start gila melapis pulak...Kalau dah menjadik tu..mulalah nak melapis jer kejenyer....Malam nie ada game bola best pulak!! Jerman Vs Sepanyol...Yana sokong Jerman..harap-harap menang ler..kalau tak...Huhuhu.....

KUIH LAPIS MARBLE KOPI a.k.a KUIH LAPIS COKLAT

Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)

· 2 cawan santan

· 1 cawan tepung gandum

· 1/2 cawan gula pasir

· 2 sudu makan tepung beras

· 2 sudu makan tepung kastad

· 1 sudu teh garam

Bahan B:

· 1 sudu teh pes coklat/emulco

· 1 sudu makan serbuk koko

· 1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)

· 1/4 cawan air suam

# bancuh bersama bahan B di atas.

Bahan C:

· 1/4 cawan air suam

Cara-Cara:-

1. Panaskan kukusan.

2. Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

4. Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.

5. Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.

6. Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.

7. Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.

8. Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).

9. Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.

No comments:

Post a Comment