Tuesday, July 20, 2010

Kek Lapis Green Carpet Kukus

TQVM Hana..atas resepi kek kukus yang sodap nie.....Yana buat bekal untuk balik kampung hari Jumaat baru-baru nie...Alhamdulillah..mendapat pujian dari mak mertua....syoknyer rasa hati ku ini....Kembang setaman.....Hehehe...Memang sesuai dengan tekak Yanalah kek nie...Yana buat 2 adunan...Kalau satu adunan macam tak cukup jer...Pas tu nak tapaukan kat mak sekali..bagi diorang rasa....Jenuh gak nak melapis...satu-satu tuh....nak dekat 4 jam Yana ulang alik ke dapur....Huhuhu.....Tapi, hasilnya cukup memuaskan hati....Nampak tak layer yang last sekali tuh???Tebal sikit..bab itu yang terakhir..dah alang-alang...bubuh sume....Tak rugi kalau sesiapa nak mencuba...Hana, macam biasalah...nak C & P resepi ek! Tingkayu......


Bahan-bahan
Loyang 6 inci (kek ni saiz kecil je)

· 1 1/4 cawan tepung naik sendiri

· 5 biji telur A

· 225 gm mentega

· 3/4 cawan gula halus

· 4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)

· 3 sudu besar horlicks

· 1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco

· 1/4 cawan susu pekat manis

Cara-cara

1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).

2. Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.

3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula hancur betul2). Gunakan kelajuan maksimum.

4. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.

5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.

6. Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.

7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, nanti ia jadi warna kuning selepas dikukus).

8. Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri).

9. Kukuslah selama 1 jam 20 minit.

Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong

No comments:

Post a Comment