Sunday, June 6, 2010

Petua Untuk Langsing

BUANG LEMAK DGN PUTIK DELIMA
Ambil 3 hingga 5 biji putik delima, dibersihkan dan ditumbuk hingga lumat.Perah airnya dan minum pati perahannya tanpa gula atau bahan lain. Amalkan setiap hari pada waktu pagi dan malam selama sebulan. Tapi, jgn lupa utk menjaga pemakanan dan bersenam

CAMPURAN LOBAK MERAH DAN MENTIMUN LANGSINGKAN TUBUH
Ambil 2 biji lobak merah dan sebiji mentimun.Kamudian parut dan perahlah airnya. Parutan tersebut dicampurkan dgn sebiji air limau nipis. Bancuh bahan2 tersebut hingga sebati seterusnya diminum sekurang-kurangnya dua kali sehari.

BUAH DELIMA KEMPISKAN PERUT
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur kulit buah delima tersebut hingga kering.Setelah kering, rebuslah kulit delima itu bersama sedikit garam. Seterusnya air rebusan kulit delima tersebut hendaklah diminum dgn kerap supaya bahagian perut mengempis secara beransur-ansur.

AIR DAUN BETIK TUA TURUNKAN BERAT BADAN
Cuci 2 helai daun betik tua dgn air suam hingga bersih. Selepas itu, potong kecil2 selebar 2 jari dan masukkan ke dlm mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya serta secubit garam. Kisar bahan2 tersebut hingga lumat. seterusnya tapis dan ambil airnya lalu diminum sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu sebelum mengamalkannya setiap hari dalam tempoh seminggu.

MENGURANGKAN KADAR KOLESTEROL
Perah sedikit lemon lalu dicampurkan dgn secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga kali sehari atau setiap kali mengambil makanan berkolesterol tinggi. Ia juga turut mengurangkan pembentukkan selulit.

TUBUH RINGAN DAN BERTENAGA
Minum air rebusan serai dan halia yg telah dititik bersama kayu manis dan lada hitam.Minum air rebusan ini pada setiap pagi, tubuh akan menjadi lebih ringan dan bertenaga.

MENURUNKAN BERAT BADAN
1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan remdam di dalam air. Tapis dan campurkan dgn air perahan limau nipis. Amalkan selalu dgn minum sebanyak dua kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
2) Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

AMBIL MAKANAN YG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman , ia juga meningkatkan pembakaran lemak.



No comments:

Post a Comment