GULAI AYAM SYOK!
Bahan-bahannya:-
500gm ayam ( nak guna daging pun boleh...)
2 cawan santan pekat
sedikit daun kari
sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Ubi kentang di potong 4
11/2 sudu besar kerisik
Bahan kisar :-
3 sudu besar serbuk kari daging
sebatang serai
1 cm lengkuas
1/2 biji bawang besar
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
Bahan tumis:-
4 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 1/2 cm halia - dihiris
sebatang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
Cara membuatnya:-
- Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga berbau harum dan bawang kekuningan sedikit. Masukkan sedikit daun kari.
- Masukkan bahan kisar, air asam jawa dan kerisik,tumis hingga pecah minyak.
- Kemudian,masukkan santan, ubi kentang dan ayam.
- Biar ubi dan ayam empuk sikit. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Kalau nak bubuh serbuk perasa sikit pn boleh jugak...Jangan bubuh banyak dah le..nanti kena darah tinggi pulak.
- Masak hingga kuah pekat..dan ayam masak..
- Padamkan api..
- Siap...
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment