Saturday, June 12, 2010

Orange Butter Muffin

Salam.....Yana buat muffin nie atas permintaan adik Yana yang nak kawin tu...Buat tak banyak, dalam 50 biji jer..tu pun jenuh gak..almaklumler...oven pun kecik jer....Ingat nak buat sekali pandan muffin...last-last tak jadik pulak....Nak carik pandan emulco payah bebenar...ingat malas nak gi Giant..Yana pegi pusing-pusing kedai kat sini-sini jer....rupa-rupanya tak de gak....kena gi Giant..nasib baik ada..kalau tak, haru jer dibuatnya...Masa pun dah suntuk, buat apa yang ada jer ler...Tapi, rasanya masih lagi sedap..hehehe...Yana ambik dalam resepidiana....TQ..atas resepi tu..Yana nak C & P yer....

ORANGE BUTTER CAKE BEBOP

Sumber: Kak Bebop
Gambar Sumbangan: Sayajemot

Bahan-bahannya
200 gram tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gram mentega
5 biji telur
175 gram gula
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau

Cara-caranya
1. Pukul tepung, baking powder, susu tepung, mentega hingga gebu dan tidak berbintil-bintil.
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga lembut dan pekat. Kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati.
4. Tuang adunan kedalam loyang 9” dan bakar dalam 30 – 40 minit pada suhu 170’C. Nak masuk dalam cupcake pun boleh jugak.

ULASAN D: Adunan telur dan gula mesti anda pastikan dipukul dengan betul sehingga gebu, likat dan pekat. Ini yang dapat membantu menghasilkan Orange Cake yang gebu dan sempurna.

No comments:

Post a Comment