Kesian pulak kat budak kecik nie..penat2 buat kad kat sekolah..last2 lupa nak masukkan dalam blog..dah lama KIV..hehehe...Nie dia buat sempena hari ibu baru2 nie...TQ sayang..mama hargai hasil kerjamu itu...walaupun teacher dia yg tolong buatkan...
Friday, May 28, 2010
Hepy Mother's Day
Kesian pulak kat budak kecik nie..penat2 buat kad kat sekolah..last2 lupa nak masukkan dalam blog..dah lama KIV..hehehe...Nie dia buat sempena hari ibu baru2 nie...TQ sayang..mama hargai hasil kerjamu itu...walaupun teacher dia yg tolong buatkan...
Apam Ambon
Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 in)
· 4 biji telur
· 100 gram tepung halus
· 2 sudu teh baking powder
· 110 gram gula halus
· 2 sudu the ovalette
· 40 ml susu segar (yana guna susu cair)
· 40 ml minyak masak/minyak jagung
· 2 sudu teh esen ros
· sedikit pewarna merah
Cara-cara:-
1. Panaskan pengukus.
2. Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.
3. Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder. Teruskan memukul.
4. Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi warnakan dengan pewarna merah.
6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
7. Tuangkan adunan putih, diikuti adunan merah secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.
8. Alas penutup kukusan dengan kain nipis.
9. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak iaitu tak melekat pada lidi.
Ayam Masak Kalio
Honey Prawn
- 400 gm udang basah (digoreng sehingga masak)
- 1 labu bawang besar*
- 1 biji cili merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 sk rempah 5
- 2 sudu makan sos cili
- 3 biji cili padi (diketuk)
- 1/2 sudu makan kicap pekat
- 1 sdt sos tiram
- 2 sudu makan jus lemon
- 3 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
- sedikit daun ketumbar (dihiris)
- lain-lain bahan hirisan jika suka : cili merah, daun bawang, capsicum
Cara-cara :-
- Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan rempah 5 hingga naik bau.
- Masukkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan cili padi. Kacau lagi. Boleh tambah air sedikit.
- Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Kemudian masukkan madu, jus lemon dan daun ketumbar. Kacau hingga kuahnya pekat.
- Akhir sekali masukkan bahan2 hirisan yang lain. Hidangkan setelah masak.Memang sedap! Kalau tak caya cuba buat sendiri....
Wednesday, May 26, 2010
Pandan Muffin
Donut Oren
Saturday, May 22, 2010
Nasi Briyani Udang
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan (mat guna udang galah)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata)
3 tangkai daun ketumbar
750 ml air
250 ml susu cair
1/2 cawan lobak merah yang didadu
1 camca besar minyak masak
3 camca besar minyak sapi
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa dan secubit gula
BAHAN TUMIS :-)
2 biji bawang merah, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihirs
2 cm halia, dititik
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca besar rempah beriani (mat tak letak, tapi tetap sedapp!!)
BAHAN LAIN :-)
1/3 cawan kismis, goreng sedikit
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan.
- Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan beras dan rempah ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata.
- Masak nasi seperti biasa. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng. Biar nasi tanak betul2. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar. Nak makan dengan dalca pun ok....
Choco Chip Muffin
- Dalam satu bekas, satukan bahan2 yg diayak bersama gula halus dan 150g chocolate chip, gaul rata. Tuang bahan2 yg dikacau rata dan gaul hingga semua sebati dan mesra.
- Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan chocolate chip.
- Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 18-20minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang seisi keluarga....
Marble Cake 3 Rasa
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco + 1/2 camca teh pewarna merah jambu(Yana tmbh)
1 camca besar "sunquick" perisa orange + 1/2 camca teh pewarna kuning
- Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
- Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
- Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
- Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + perisa oren . Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
Pancake Untuk Sarapan Pagi
- 100 gm tepung naik sendiri
- 2 sb. gula kastor
- secubit garam
- 2 biji telor, diasingkan
- 75 ml susu segar (*akak tambah sikit jd 85 ml)
- 1 sb. minyak sayur
- 1/2 sk. esen vanila
Cara-Cara:-
- Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan, masukkan gula dan garam. Gaul rata.
- Buat lubang di tengah tepung, masukkan kuning telor, suus segar dan esen vanila dan minyak.
- Kacau rata dengan whisk hingga sebati.
- Pukul putih telor dalam bekas yang bersih dan kering hingga bertanduk (stiff)
- Masukkan 1/4 bahagian putih telor ke dalam adunan tepung tadi dan sebatikan untuk meringankan adunan. Kemudian masukkan lebihan putih telor dan kacau balik perlahan-lahan.
- Panaskan non stick pan dan sapukan sedikit minyak, guna api perlahan.
- Letakkan 2 sudu besar adunan di tengah pan. (biarkan jarak 2 cm di antara tepi pan).
- Bila telah nampak menggelembung, terbalikkan pancake dan masak lagi sebelah bahagian. Biarkan kedua2nya masak keperangan.
- Hidangkan panas-panas dengan filling atau syrup kegemaran.
Thursday, May 20, 2010
Sukatan Imperial / Metrik
Sukatan Imperial | Sukatan Metrik | Sukatan Cawan Metrik (anggaran) | Sukatan Cecair Metrik (anggaran) |
1/2 oz | 15 g | ||
1 oz | 30 g | 1/4 cawan | 60 ml |
2 oz | 60 g | 1/3 cawan | 100 ml |
3 oz | 90 g | 1/2 cawan | 125 ml |
4 0z | 125 g | 150 ml | |
6 oz | 185 g | 3/4 cawan | 180 ml |
8 oz | 250 g | 1 cawan | 250 ml |
12 oz | 375 g | 1 1/4 cawan | 310 ml |
16 0z | 500 g | 1 1/2 cawan | 370 ml |
24 0z | 750 g | 2 cawan | 500 ml |
32 0z | 1000 g | 2 1/2 cawan | 625 ml |
3 Ib | 1500 g (1 .5 kg) | - |
Imperial | Sukatan Metrik (anggaran) | Imperial | Sukatan Metrik (anggaran) |
1/16 inci | 1 mm | 2 1/2 inci | 63 mm / 6.3 cm |
1/8 inci | 3 mm | 3 inci | 76 mm / 7.6 cm |
1/6 inci | 4 mm | 4 inci | 100 mm / 10 cm |
1/5 inci | 5 mm | 5 inci | 126 mm / 12.6 cm |
1/4 inci | 6 mm | 6 inci | 150 mm / 15 cm |
1/2 inci | 12 mm / 1.2 cm | 7 inci | 176 mm / 17.6 cm |
3/8 inci | 9 mm / 1 cm | 8 inci | 200 mm / 20 cm |
5/8 inci | 15 mm / 1.6 cm | 9 inci | 230 mm / 23 cm |
3/4 inci | 18 mm / 1.8 cm | 10 inci | 250 mm / 25 cm |
1 inci | 25 mm /2.5 cm | 12 inci / 1 kaki | 302 mm / 30 cm |
1 1/4 inci | 31 mm / 3.1 cm | 36 inci / 1 ela | 906 mm / 90 cm |
1 1/2 inci | 38 mm / 3.8 cm | 60 inci | 1500 mm / 150 cm / 1 .5 m |
2 inci | 50 mm / 5 cm |