Bahan-bahan:-
· 900 g beras -basuh dan toskan (akak sukat hanya 4 cawan beras basmathi)
· 2 biji kelapa parut (akak guna 5 cawan santan)
· 5 sm halia
· 1 batang serai
· 1 helai daun limau purut
· 2 biji buah pelaga
· 3 kuntum bunga cengkih
· minyak ghee utk menumis
Untuk Hiasan:-
· 2 biji telur (didadar) - akak x buat pun
· kismis
· bawang goreng (untuk hiasan)
Bahan giling: (bahan akak kurangkan sikit ikut sukatan beras dan kisar jek)
· 2 sudu besar ketumbar
· 1 sudu teh jintan manis
· 1 sudu teh jintan putih
· 1 sudu teh lada hitam
· 2 sudu teh serbuk kunyit
· Sedikit garam
Cara Memasak :
1. Kelapa diperah ambil santan secukupnya untuk masak nasi.
2. Panaskan minyak ghee,masukkan rempah-rempah, daun limau purut, halia, serai serta bahan giling dan masak hingga naik bau.
3. Masukkan santan & garam tunggu mendidih.
4. Masukkan beras dan masaklah hingga tanak nasinya.
5. Taburkan telur dadar, kismis & bawang goreng diatasnya bila menghidang.
No comments:
Post a Comment