- Tepung ganti sabun - Ambil tepung gandum dan jadikan ia seperti sabun. Cuci pinggan dgn menggunakan tepung itu.
- Melembutkan daging ayam tua -campurkan hirisan betik muda bersama kulit,lalu biarkan selama 5 minit. Kemudian bersihkan ayam dan masak seperti biasa.
- Melembutkan cendawan kering - bersihkan cendawan terlebih dahulu,sebelum direndam dgn air suam yg bercampur dgn sedikit gula pasir.
- Sambal tumis lebih enak - Semasa menumis sambal, cuba masukkan sedikit hampas kelapa ke dlm masakan anda tadi. Gaul seperti biasa.
- Petua mencuci kerang - Masukkan kerang bersama hampas kelapa di dlm besen bersama sedikit air. Kemudian gaul kerang tadi.Apbl kotoran hilang, cuci semula kerang tadi.
- Melemakkan pulut - Rendam pulut semalaman, kemudian masak dgn air kelapa.
- Elakkan sengatan ikan keli - Utk melemahkan dan mengelakkan terkena sengatan, taburkan garam ke atas ikan keli yg masih hidup itu.Biarkan seketika. Ikan keli tersebut akan lemah dan bolehlah dibersihkan.
- Elak belakang kuali hitam - Lumurkan minyak dibelakang kuali tersebut sebelum memasak.
- Daun pandan hilangkan hangit nasi - Ambil sehelai daun pandan,masukkan ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian mangkuk berisi daun pandan diletakkan di tengah nasi yg hangit itu. Tutup rapaty, setelah 20 minit barulah buka tutup periuk.
- Ulam kekal segar - rendam ulam selama beberapa minit dgn air yg telah dicampurkan dgn sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika.
- Bawang putih wangikan minyak masak - sebelum memulakan masakan, masukkan seulas bawang putih terlebih dahulu. Cara ini bertujuan mewangikan minyak tersebut, sekali gus mengharumkan masakan.
- Ketul ais elak nasi mentah - Kosongkan (seperti lubang)di bahagian tgh2 periuk atau kawah yg mempunyai nasi mentah.Ambil 1/2 ketul ais beku dan masukkan ke bahagian yg telah dikosongkan tadi. Tutup periuk tersebut dgn plastik beras sebelum ditutup dgn menggunakan penutup periuk.
- Beras pulut lembutkan daging - bersihkan sejemput beras pulut. Kemudian, masukkan ke dalam periuk yg digunakan utk merebus ayam kampung atau daging.
- Hindarkan lalat - Menabur sedikit serbuk lada ke atas tudung saji ataupun berhampiran makanan. Lakukan setiap kali menghidangkan makanan.
- Elak baju turun warna - Ambil 2 hingga 3 genggam garam kasar dan bancuh bersama air. Pastikan aras air melebihi aras pakaian. Rendam semalaman dan basuh seperti biasa keesokan harinya.
- Tajamkan mata pisau mesin pengisar - Ambil segenggam garam kasar dan kemudian kisar ia. Lakukan beberapa kali sehingga mata pisau kembali tajam.
- Mengembalikan kesegaran dapur - Rebus beberapa kepingan kulit kayu manis , bunga cengkih dan cuka. Gunakan air rebusan tersebut utk membersihkan ruangan sinki dan sekitar dapur.
- Halia lenyapkan bau hanyir ikan ditangan - Melumurkan halia yg ditumbuk pada tangan.
- Tingkap cermin dapur kekal berkilat - campuran air bersama cuka pada nisbah 1 liter air dicampurkan dgn 2 sudu makan cuka . Semburkan cecair tersebut di permukaan tingkap dan bersihkan dgn menggunakan surat khabar lama.
Sunday, June 6, 2010
Petua Dapur
Labels:
Pelbagai petua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jom tgk blog ikan keli....
ReplyDelete