Saturday, June 12, 2010

Mexican Bun

Sedapnyer makan roti nie panas-panas....Lagilah time petang-petang cam gini..perut tengah lapar..Teringin lak nak buat mexican bun..rupa-rupanya senang jer buatnyer...nak ngan tak nak jer...kalau nak apa pun jadik...Yang malasnyer tu nak mengulinya...tapi, dah nak makan..paksa jugaklah tangan nie suruh dia kejer....Kalau time masaknyer tu..harum semerbak satu rumah...memang nanti leh buat lagi..Yang nie Yana tak buh filling..next time wat bubuh filling pulak..mesti lagi sedap...nie pun dah ok...Ala-ala macam Roti Boy gituk..hehehe...Oklah, meh tengok resepinya kat bawah nie:-

Bahan-bahannya (17 biji bun)

TOPPING
200gm mentega
160gm gula icing
3 biji telur Grade A - pukul sedikit
1 sudu teh perisa kopi - boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dgn 1 sudu besar air panas
200gm tepung gandum

DOH ROTI
500 gm tepung berprotein tinggi - diayak
2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softener (optional)
20gm susu tepung
75gm gula kastor
3 sudu kecil dry yis
1 sudu kecil garam
1 biji telur - dipukul
250ml air/ susu segar (jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar)
60gm mentega

Cara-cara:-

TOPPING - Putar mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 5 minit. perlahan2 masukkan telur,gula icing & coffee flavoring. Ayakkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

DOH ROTI
  • Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk.
  • Masukkan yeast, bread improver & bread softener (jika menggunakannya) dan gaul rata.
  • Masukkan telur dan air / susu segar.
  • Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10 - 15 minit.
  • Bahagikan doh kepada 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 minit.
  • Kemudian, susun di atas loyang pembakar yang sudah dilenser dgn mentega / minyak/ tepung dan jarakkan dalam 7.5cm.
  • Rehatkan selama 45 minit ditempat panas (warm)
  • Pipekan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  • Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170c selama 15 minit atau sehingga bun keperangan.

Mesti cuba! Sedap nie....





No comments:

Post a Comment