Bahan-bahannya
1 kilo beras basmathi, dicuci bersih, direndam selama 30 minit dan ditoskan
1100 ml air
250 gram daging, dipotong nipis
4 sudu besar rempah kari daging
½ cawan sos tomato (yana guna tomato puree)
¾ cawan pes halia dan bawang putih
3 biji bawang, dihiris bulat
1 cawan gajus
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
¾ cawan minyak sapi QBB dan ½ cawan minyak
1 kilo beras basmathi, dicuci bersih, direndam selama 30 minit dan ditoskan
1100 ml air
250 gram daging, dipotong nipis
4 sudu besar rempah kari daging
½ cawan sos tomato (yana guna tomato puree)
¾ cawan pes halia dan bawang putih
3 biji bawang, dihiris bulat
1 cawan gajus
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
¾ cawan minyak sapi QBB dan ½ cawan minyak
sedikit susu cair
secukupnya daun ketumbar
secukupnya daun pudina
secukupnya bawang goreng
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
Cara-caranya
secukupnya daun pudina
secukupnya bawang goreng
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
Cara-caranya
1. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk nasi diatas api, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan pula pes bawang putih dan halia yang telah dikisar. Masukkan sekali gajus.
2. Tumis sehingga rempah naik bau dan gajus bertukar warna keperangan sikit. Masukkan daging yang telah dipotong tipis. Masukkan pula sos tomato, serbuk kari daging, garam dan serbuk perasa. Gaul sehingga bahan-bahan tersebut sebati.
3. Tuang air dan diikuti dengan beras basmati. Masukkan sedikit susu cair.Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Angkat periuk nasi dan letak didalam rice cooker dan tekan cook. Taburkan dengan secukupnya daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Untuk Nasi Rempah Udang, udang yang telah digoreng tadi anda susun diatas nasi dan tutup periuk nasi dan biarkan nasi betul-betul tanak.
No comments:
Post a Comment