Saturday, September 25, 2010

Kuih Lapis Pisang

Teringin pulak nak makan kuih lapis pisang nie.Tengok dalam rumah akak Ummi..nampak macam sedap jer...Stok pisang pun ada kat umah nie...Dah tak tau nak buat kuih apa untuk berbuka pose hari tu..Nasib baik ada resepi nie..Yana cuba buat...Alhamdulillah...Sedap jugak yer..kalau pisang di buat kuih lapis....hehehe...Kalau simpan dalam peti sejuk lagi sedap di makan.....Nyaman jer...Kalau sesiapa yang nak mencuba..silakan..tak rugi punya...sedap tau!! Bagi yang suka makan pisang ler..Yana nie memang suka kalau bab kuih lapis ngan talam nie..hehehe....Yana nak C & P resepi akak tulah yer..Tenkiu....

KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci)
Sumber: Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza)

Bahan A:-

· 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)

· 1 cawan tepung gandum

· 1 cawan gula pasir

· 2 sudu makan tepung beras

· 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)

· 1 sudu teh garam

Bahan B:-

· 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek

· 1/4 cawan air

· sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)

Bahan C:-

· 1/4 cawan air

· sedikit pewarna merah

Cara Membuat:-

1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.

2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.

3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.

4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.

5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.

6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.

7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).

8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.

9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.





2 comments:

  1. salam yana,

    kuh lapis pisang nih emmang shedappp..akak ngan anak2 pun suker :)

    ReplyDelete
  2. A'ah...k.yat..bukan mak & anak jer yg suka..atuk & nenek pun suka gak..maklumlah..org tua..kuih cam nie mmg feveret diaorang.....hehehehe....

    ReplyDelete