Thursday, September 9, 2010

Biskut Chocolate Chip Rangup

Memang sedap dan rangup biskut chocolat chip nie...Kalau yang belum mencuba, cubalah sekut nie..mudah je cara membuatnya. Anak-anak pasti suka.Resepi asal dari Mamafami ...Yana ambik dari rumah akak Ummi..Nak mintak izin nak copy resepi biskut akak tulah .Tenkiu..akak berdua...Biskut nie dah nak abis..Nanti kena buat lagi....huhuhu....

Chocolatechip Cookies Rangup

Bahan A:-
125 gm butter
125 gm marjerin (*ummi guna sume butter) - Yana pun
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telor
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:-
230 gm tepung gandum ) ayak
20 gm serbuk koko ) bersama
100 gm chocolate chips
50 gm white chocolate chips (boleh gantikan dengan chocolate rice)
50 gm badam cincang (roasted)
50 gm nestum

Cara Membuat:-

· Pukul butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.

· Masukkan kuning telor dan esen vanila. Gaul rata.

· Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu/spatula.

· Sudukan adunan kecil2 (besar guli) dalam loyang (adunan akan mengembang sedikit ketika membakar).

· Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

· Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment