Friday, September 17, 2010

Kek Lapis Masam Manis...

Taraaa......Nielah hasilnya kek lapisku....

Sedap rupanya kek lapis masam manis nie...Patutlah kek nie femes time hari raya..Orang yang datang beraya kat umah pun tanya gak..ada wat kek lapis masam manis tak?? Dengan berkat kesungguhan dan daya usahaku ini..Dapatlah aku siapkan sebijik kek lapis masam manis nie..Walaupun terpaksa berdiri & berjaga berjam-jam lamanyer..huhuhu..Hasilnya cukup memuaskan hati...Lain kali kalau buat lagi, asamnya tu kena susun rapat2 sikit..Kalau nak beli kek lapis sebesar nie, mau dalam RM60-70....Buat sendiri jer...Nie projek tengah malam kelmarin..Yana wat makan-makan kat umah nie..Pas tu nak promo sikit kek lapis buatanku nie..hehehe....sambil makan, sambil promo...Apa salahnya...Macam pepatah melayu tu ada berkata.."Sambil Menyelam, Minum Air..."..Buat 2 in 1...Nie pun dah tinggai setengah...Sapa tak seronok tengok hasil kerja sendiri..bila orang makan banyak..dan kata sedap pulak tuh!! Bukannya nak puji diri sendiri..Tapi, kalau sesiapa yang dah mencuba buat kek lapis nie..mesti diaorang tau..macam mana hasil kerja masing-masing...Kena ada usaha dan kesungguhan..Pastu kena banyak-banyak bersabar..Wat kek lapis nie kena banyak bersabar..Memang menguji kesabaran betul...Kalau nak buat siang-siang sibuk dengan keje rumah ngan anak-anak..Jadi, masa yang sesuai..kenalah wat malam..Itulah yang kena berjaga berjam-jam tu...Nak baring kejap pun tak boleh..Takut nanti tertidur pulak..Kek hangus dalam oven...

Resepi kek lapis nie Yana ambik dari dapur Mat...Asalnya dari Bro-Rozzan..Yana tengok Hana pun dah buat jugak..Sama-samalah kita yer..Kalau jamu tetamu dengan kek lapis nie mesti diorang suka...Tak payah lagi nak ke Sarawak beli kek lapis...Buat sendiri pun sedap...hehehe..Kek lapis nie jugak ada banyak resepi..kena cuba satu-satu yang mana sesuai dengan citarasa masing-masing..Buat permulaan nie, Yana cuba resepi nie dulu..Insyallah...lain kali nak cuba resepi lain, tukar citarasa pulak...Nak cuba yang kukus pulak.Terima kasih bebanyak pada kalian berdua atas resepi kek lapis yg sedap bangat nie...Kalau sesiapa yang nak mencuba silakan...Tapi, kena bersabar yer....Sabar tu kan separuh dari Iman....Yana nak copy & paste jelah resepi kalian tu kat sini yer....

KEK LAPIS HAW FLAKES (MASAM MANIS)

Bahan-Bahannya :-)
450 g mentega (Guna mentega GC lg sedap)
190 g gula halus (mat guna 150g)
10 biji telur gred A
300 g biskut "Marie", dikisar halus
1 tin kecil susu pekat manis(Yana wat 3/4 jer..xnak manis sngt)
85 g seri kaya
1 camca teh esen vanilla
2 bungkus asam manis (Haw Flakes), setiap bungkus ada 10 pack
1 camca teh pewarna makanan merah, hijau dan kuning

Cara membuatnya :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C (api atas dan bawah). Lenser tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (adunan akan kelihatan berbiji2), masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Putar hingga sebati.
  3. Perlahankan speed, masukkan biskut marie kisar sedikit demi sedikit hingga habis dan tuang esen vanilla. Gaul hingga semua rata, bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan letak warna merah, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian. Kacau hingga rata.
  4. Tuang 4 camca besar adunan warna kuning, ratakan dan bakar hingga masak. Keluarkan dan tuang lagi 4 camca besar adunan kuning, ratakan dan bakar kembali (kali ini tukar pada api "grill" sahaja) hingga masak.
  5. Kemudian tuang 4 camca besar warna hijau, ratakan dan susun asam manis (haw flakes). Bakar kembali hingga masak, tekan2 sedikit dengan sudu dan tuang 4 camca besar adunan hijau, ratakan dan bakar hingga masak.
  6. Diikuti dengan warna merah sebanyak 2 lapis. Susun asam manis pada lapisan ke tiga. Buat hingga siap.
  7. Kek akan menjadi = Kuning 2 lapis + haw flakes + Hijau 2 lapis + haw flakes + Merah 2 lapis + haw flakes dan seterusnya....Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment