Saturday, May 15, 2010

Siakap Bakar Berempah Woku

Salam sume, untuk pengetahuan sume, sebenarnya ikan nie dah lama Yana masak...Tapi, tak sempat nak post dalam blog..Untuk resepi nie Yana guna ikan siakap..Tapi, sowey le..Ikan siakapnya sampai tak nampak kerana telah di saluti dengan kuahnya yang banyak...hehehe...Yana bakar dalam oven jer....Masakkan nie memang sedap! Yana tak bubuh pun bahan pelengkapnya tu....terus ngap jer...Dapat dari blog kak Ummie..Thanks k.ummie...Minta izin nak copy & paste yer....

SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU (*note: sangat sedap)

Bahan:- (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
  • 1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-

  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
  • 2 cm halia

Bahan Pelengkap:-

  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

No comments:

Post a Comment