Thursday, October 7, 2010

Ayam Masak Merah Madu

Menu tengahari nie....Ambik resepi dari K.Nor....Simple jer..tapi, sedap......anak-anak memang suke kalau ayam masak merah...Ingat hari nie nak masak nasi tomato....makan dengan ayam masak merah nie. Tapi, tergendalalah pulak....di sebabkan hari nie masanya terhad sangat...banyak benda yang nak di settlekan....huhuhu...Nampaknya cuti nanti kena buat jugak..anak2 dah tanya..mana nasi tomato nyer??? Alamak.....

Oklah, Yana nak copy resepi K.Nor tu kat bawah nie yer...Lain kali Yana try buat masakkan yang lain pulak..Tenkiu K.Nor.....

Ayam Masak Merah Bermadu

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan toskan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar cili mesin
3 labu bawang besar ~ diblend
3 ulas bawang putih ~ diblend
1/2 in halia ~ diblend
garam
3 sudu besar madu
air asam jawa/tomato sos
1 sudu besar kicap manis
air secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
minyak

Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
Tumiskan cili mesin hingga garing dan masukkan bahan yg diblend. Kacau.
Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan 1/2 gelas air . Tujuan masukkan air ni utk nak bagi rempah2 tumis tu pecah minyak dgn elok.
Masukkan garam dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.
Masukkan kicap dan 1 gelas air lagi. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan air asam jawa/sos tomato.
Sentiasa gunakan api yg sederhana dan jgn sekali2 kerana nak cepat dibuka api yg besar. Memang kuah kita kering tp rempah2 tu kurang 'masak'.
Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan madu. Gaul sebati.
Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat.
Masukkan bawang yg dipotong bulat, kacau2 kejap dan padamkan api.
Hidangkan dgn nasi putih. Boleh gak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dll..

2 comments:

  1. bile le nk masuk dapur menu ni..sedap nmpk tu...nk try jugak la..masuk list

    ReplyDelete
  2. Sedap izah....kalau mkn dgn nasi beriyani ker, nasi tomato ker..bertambahlah sedapnyer...Kalau ayam msk cam nie mmg feveret kami sefamili..hehehe..nak msk pun senang....

    ReplyDelete