BINGKA ROTI BERJAGUNG
Resepi : Kak Yatie JB
Resepi Asal : Cik Mat
Bahan-Bahan- loyang 10 inci
· 3 biji telur
· 1 cawan gula halus/kastor
· 100 gm mentega, dicairkan
· 1/2 sudu kecil garam
· 1 sudu kecil esen vanilla
· 12 keping roti putih, didadu
· 1 1/2 cawan tepung gandum
· 1 liter santan/ susu cair-saya guna 1 tin susu cair dlm tin 400ml dan selebihnya saya tambah air
· 1 cawan jagung krim dalam tin
Cara-Cara
1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan/susu dan kacau hingga semua sebati.
2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.
3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
=Saya tambah 10 minit lagi utk bakar guna api atas sahaja supaya permukaan garing.
dah lama tak buat bingka gini... sedap tu ada jagung lak kan
ReplyDeleteIzah> a'ah...sodap...bab ada jagung....kite jer yg mkn...jenuh gak nak perabihkannyer...balanced simpan lam peti ais sikit..nnti leh mkn lagi....sejuk2 pun sedap kan..
ReplyDelete