Sunday, May 22, 2011

Kek Marble Warna Warni Badam Rose

Sedap kek nie tau!!! Moist jer...


Jemput makan...Kek nie Yana buat sempena sambutan hari guru kat sekolah anak Yana hari tu...Memang gebus dan betui2 sedap kek nie....harum semerbak baunyer...Betullah kata kak Ummi..tak cukup dengan loyang kecik..lain kali kena buat guna loyang besau sikit...adunannya pun kenalah digandakan jugak...Nak buatnya pun senang...xlah susah sangat...Yana copy dari dapur kak ummi jelah....Mintak izin nak kongsi resepi kek yg sedap nie yer...Terima kasih jugak pada Pn. Shamsiah Md. Shariff empunya resepi asalnya....Jom kita semak n layan jer resepinya kat bawah nie.....

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA
Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff
Sumber : Rinnchan

Bahan-bahan:
(akak guna loyang bulat 6 inci)

· 250gm mentega(*akak guna Golden Churn brand)

· 5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)

· 4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)

· 1 oz badam kisar (*akak letak 60 gm)

· 5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)

· 2 susu makan susu pekat manis

· 1 1/2 sudu teh esen rose

· sedikit pewarna merah dan hijau(*akak letak biru, ungu dan pink)

Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.

4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.

5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.

6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.

7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.

8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.

No comments:

Post a Comment