Oklah...Bro....Yana nak share resepi Bro tu kat sini yer....TQVM.....
KEK LAPIS CADBURY
10 biji telur
150 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya (saya gunakan cokelat Van Houten)
Cara:
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3) Masukkan tepung biskut marie, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.
4) Bakar lapisan pertama hingga masak.
5) Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury.
6) Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.
Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8"x8")
Catitan Saya:
1) Saya buat dua lapisan berwarna dan cuma bubuh cokelat pada setiap lapisan (plain) ketiga jer. 2) Gunakan api grill sahaja dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius.
3) Masa membakar kira-kira 1 jam 20 minit.
No comments:
Post a Comment