1 ekor ayam potong 16
3 batang serai*
6 biji bawang putih*
4 bawang merah*
1 sudu serbuk kunyit*
1-1 1/2 inci halia*
1-1 1/2 sudu makan ketumbar*
1-1 1/2 sudu makan jintan manis*
1/2 sudu makan jintan putih*
2 sudu makan rempah kari babas (Apa2 jer boleh kut...Yana guna Alagappas jerk)
2 sudu makan tepung beras
garam secukupnya
4-6 tangkai daun kari
Cara-caranya
1. Basuh ayam dan toskan.
2. Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
3. Masukkan ke dalam bekas berisi ayam dan gaul rata semua bahan kisar.
4. Masukkan serbuk rempah kari dan tepung beras dan garam.
5. Peraplah selama mana yang boleh tapi sekurang-kurangnya 1 jam.
6. Goreng dalam minyak yang banyak secara deep fry dan masukkan bersama se tangkai daun kari. Sedap di makan panas-panas.
No comments:
Post a Comment