Friday, April 27, 2012

Bingka Tepung Beras


Assalammualaikum & salam pg Jumaat....Rasanya dah lama tak meng'update' blog...Kalau dah berhenti tu...mulalah susah nak mulakan balik....oklah, jom kita layan jer resepi feveret Yana nie. Bingka tepung beras.....sedap2...rasanya dah ramai jugak yg mencuba..Yana ambik dari dapur Kak Fida MyR...Terima kasih bebanyak akak atas resepi bingka nie...sedap..lemak2 manis gituk..Yana mintak izin nak kongsikan resepi akak tu di sini yer...Thanks again....




Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)

·         1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
·         250 gm gula pasir (akak kurangkan 235 gm saja)
·         250 gm tepungberas (cap Gajah)
·         50 gm tepung Hoen Kue (warna putih)
·         1/2 st. esen vanila
·         1 sk. garam
Cara-Cara:-
1.                   Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
2.                  Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
3.                  Tuangkan aduann ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.(zana alas dgn daun pisang)
4.                  Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebihkurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
5.                   Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.

  Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment