Saturday, November 6, 2010

Siew Pak Choy Dgn Sos Tiram & Sos Lada Hitam


Jom kite layan resepi sayur dari K.Nor Ganu nie...memang best...makan dengan nasi putih, panas-panas pulak tuh!! Ratah macam tu je pun sedap....Yana copy dari rumah akak jelah...TQVM....


SIEW PAK CHOY DGN SOS TIRAM & SOS LADA HITAM

Bahan-bahannya:-
5 atau 6 pokok siew pak choy
5 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang halus
2 sudu sos tiram
2 sudu sos lada hitam
2 - 3 sudu air
1/2 sudu teh gula ~ jika suka
sedikit minyak

Cara:-

· Celur seketika siew pak choy dlm air panas yg diletakkan sedikit minyak masak.

· Angkat dan masukkan dlm bekas berisi air sejuk/paip utk menghentikan proses masak sayur tu.

· Angkat dan toskan. Kemudian letakkan dlm pinggan.

· Panaskan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.

· Masukkan sos tiram dan sos lada hitam. Kacau.

· Masukkan air dan gula (tak perlu diletakkan garam lg kerana dah ada rasa masin dr kedua2 sos td)

· Goreng sehingga sedikit pekat.

· Tuangkan sos keatas sayur td.

· Hidangkan panas2..



No comments:

Post a Comment