Tuesday, August 17, 2010

Kari Ikan Gaya Goa

Salam sume....tengah dok buat apa tu??? Dah siap mengemas ker?? Nie Yana nak bagitau satu resepi kari yang enak bangat.....Menu berbuka semalam..Ala-ala keIndian gituk..Kalau makan terasa macam ada kat Goa le pulak...hehehe....Dengan kuah karinya yang pekat...rasanya pun secukup rasa...Tak taulah nak cakap macam mana kesedapan kari nie..kalau cuba baru tau macam mana rasanya...cik abang kata pun sedap..bertambah-tambah makan...apa lagi...kembang kincup idung nie kena puji..hehehe...Makan lak dengan pekasam yang mak buat...Fuh!!! Lagi terangkat!! Kata orang..kalau orang lalu kat belakang tak nampak..Kalau lalu kat depan nampak ler....

Resepi nie Yana ambik dari chef popular kita tu ...yang dah glamor di serata dunia..sapa lagi kalau bukan Chef Wan.....Tengok dalam buku resepi dia tu banyak gak menu yang sedap-sedap..Nanti nak try yang lain pulak...Kalau Yana dah try buat, nanti kita masukkan N3 kat sini yer...

Kalau nak cuba resepi nie apa salahnya..Yana rasa masakkan nie dah ok..Tak taulah tekak orang..lain-lain...manalah tau kut-kut tak kena dengan selera...Moh kita tengok apa bahan-bahannya..pas tu cuba buat...Rugi, kalau tak cuba...sedap nie....

KARI IKAN GAYA GOA

SUMBER : CHEF WAN

Bahan-bahannya:-

600gm ikan tenggiri keping..(yana guna ikan tongkol jer..dlm 4/5 ketui)

2 biji bawang besar – dicincang

3 ulas bawang putih – dicincang

2cm halia – dicincang halus

2 sudu besar biji sawi

4 sudu besar cili kisar

3 biji buah tomato – dipotong baji

3 biji cili hijau- dibuang biji & hiris

2 cawan pati santan

½ cawan air asam jawa

1 tangkai daun kari

¼ cawan minyak masak (utk menumis)

Garam secukup rasa

SERBUK REMPAH

3 sudu besar serbuk ketumbar

3 sudu teh serbuk jintan putih

2 sudu the serbuk kunyit

Cara penyediaannya:-

1. Satukan tomato, cili dan serbuk rempah di dlm blender dan kisar hingga halus. Ketepikan.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi hingga wangi.

3. Kemudian, masukkan bahan kisar, cili kisar, daun kari dan pati santan. Kacau hingga sebati. Kemudian didihkan dan renehkan selama 5 minit. Cairkan kuah dengan sedikit air, jika terlalu pekat.

4. Tambahkan air asam jawa dan ikan. Kacau dan renehkan atau sehingga ikan masak. Perasakan secukupnya dengan garam.

5. Hidangkan panas-panas…Sesuai dimakan dengan nasi putih.

*** Kari ikan Goa nie biasanya berwarna kuning kerana menggunakan kunyit dan agak berisi disebabkan tomato dan cili yang dihiris tebal. Ia menghasilkan kuah yang sangat enak dan pekat.

No comments:

Post a Comment