Bahan-bahan :
· 5 ekor ikan cencaru sederhana (dibersihkan, dibelah bahagian belakangnya, diperap bersama serbuk kunyit dan garam, kemudian digoreng) - Yana guna 3 ekor ikan jer
· 100 gm kelapa parut
· 1 helai daun kunyit(dihiris)
· 4 sudu makan cili kering kisar
· 1 biji cili merah
· 1 labu bawang besar
· 1 inci halia
· 3 batang serai
· 3 kelopak bunga kantan (dihiris)
· 1/2 inci kunyit hidup
· 1 inci belacan bakar
· garam dan gula
Cara-cara :
1. Ambil separuh dp kelapa parut dan kisar bersama bawang besar, halia, cili merah, kunyit, belacan dan serai.
2. Sediakan sedikit minyak. Tumis cili kering dan bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan daun kunyit, bunga kantan dan baki kelapa parut dan kacau lagi sehingga kering. Kemudian barulah dimasukkan gula dan garam secukupnya.
3. Setelah masak, sumbatkan sambal kelapa tadi di dlm cencaru.
4. Hidangkan.
***kalau nak pedas lagi, bolehlah tambah cili padi.
No comments:
Post a Comment