Thursday, September 30, 2010

Kek Lapis Prune Raspberry

Nielah rupanya selepas di potong..lapisan atas tu nampak mcm tebal sket...almaklumlah..dah akhir..sayang pulak nak buang...tu yang nampak tebal sket...hehehe...



Resepi kek lapis nie Yana ambik dari brother kita yang dok kat Singapore tu...Sapa lg kalau bukan Bro Rozzan kita tu....memang semua kek lapis dia sedap2 kan...Pandai pulak tu dia mengubah citarasa kek lapis...Walaupun begitu, hasilnya tetap sedap....Memandangkan filling raspberry tak de...so, Yana gantikan dengan blueberry....Tapi, still sedap jugak!! Hehehe...Yana nak ucapkan terima kasih bebanyak pada rozzan atan resepi kek lapis prune yang sememangnya sedap nie..Yana nak kongsikan resepi tu kat sini yer...Nak Copy & Paste je resepi Bro tu...Maceh.....

KEK LAPIS PRUNE

Bahan-Bahan
500 gm mentega

180 gm gula

1 sudu besar ovalette (boleh ditiadakan) - Yana bubuh
10 biji telur saiz sederhana

1/2 tin susu pekat manis

300 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks
100 gm jem raspberry - tukar blueberry hehehe..
200 gm prune (dipotong kecil-kecil)
sedikit pewarna merah


Cara:
Pukul mentega, gula & ovalette hingga kembang (kira-kira 5 minit). Masukkan telur sebiji sebiji dan terus pukul. Masukkan pula susu pekat manis lalu dikacau lagi. Kemudian masukkan horlicks dan tepung. Kacau lagi hingga rata dan sebati. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu dibiar plain manakala yg satu lagi dibubuh jem raspberry dan pewarna merah. Bakar selapis selapis sehingga masak. Pada setiap lapisan kedua dibubuh buah prune.



No comments:

Post a Comment