Yang nie pulak..berperisa pandan....Ambik sorang 2 ketui dah ler..tak leh ambik banyak-banyak...Nak banyak kena buat sendiri ler....Nie projek semalam...syok pulak buat sekut nie..main picit jer....buat pun senang...Sekut nie memang femes dan disukai ramai....sekarang nie dah di modenkan..kita boleh buat pelbagai perisa...Yana wat pandan & strawberry jer..Yang pandan tu untuk atuk...dia dah tempah..yang strawberry tu pulak untuk mak dan anak-anak...bebudak nie suka sangat yang perisa strawberry tu..Biskut nie memang sedap..dan rangup gituk!! Orang yang tak de gigi pun boleh makan sekut nie..Lebih baik buat sendiri daripada beli..dapat banyak..rasanya pun sedap..hehehe...
Bahan A
200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
1/2 tsp pewarna hijau epal
Bahan B
250gm tepung gandum ( Yana tambah 2-3 sudu besar lg..bab Yana rasa adunan nie agak lembik sket)
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand.
Cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam.
2. Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz di kehendaki.
3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
4. Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna.
5. Biskut ini agak nipis, jika mau lebih tebal tindihkan selapis lagi.
No comments:
Post a Comment