Resepi asal guna ayam kampung..Biasanya kita masukkan ubi kentang dalam masakan...Tapi, resepi nie guna ubi keledek pulak. Memang satu kelainan. Kat dalam gambar nie ubi keledeknya dah tak nampak..sebab time merebus tu terlebih masa..dah le sebati dengan kuah ayam tu...Itulah ubinya tu tak muncul-muncul...hehehe...Tak baca habis2 peraturan dalam majalah nie..Ingatkan rebus sampai empuk....Dekat sini bukan tak de ayam kampung, ada..tapi kena balik kampung dulu tangkap ayam..pastu sembelih...hahaha...tu baru namanya ayam kampung..Kat kampung Yana memang banyak ayam kampung..Nak yang dara, teruna..macam-macam ada...Tak de ayam kampung, belasah je ayam bando..janji boleh di makan...Kalau nak mencuba resepi nie silakanlah..sediakan bahan-bahannya dulu seperti yang tertera di bawah.....
Ayam Kampung Lemak Keledek
Sumber : Majalah Saji Keluaran APRIL 2006
Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam kampung (potong 12)
2 biji ubi keledek (potong dadu)
1 tangkai cili merah*
5 tangkai cili padi*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
4cm kunyit hidup* (*blender)
1 labu bawang besar (belah 4)
1 batang serai (titik)
1 keping asam gelugur
250ml santan pekat
2 helai daun limau purut(hiris)
Garam & gula secukup rasa
Cara Menyediakannya:-
- Ayam di goreng separuh masak & ketepikan.
- Ubi keledek direbus setengah empuk & ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar & serai hingga pecah minyak.
- Setelah naik bau,masukkan ayam dgn sedikit air. Didihkan hingga ayam empuk.
- Kemudian, masukkan santan, ubi keledek, asam gelugur, bawang besar, daun limau purut, garam & gula secukup rasa.
- Siap untuk di hidangkan.
Selamat Mencuba....
No comments:
Post a Comment