Mee Goreng Simple
Bahan-bahannya:-
500gm mee kuning
6 tangkai cili merah*
Segenggam udang kering (direndam & ditoskan airnya)*
1 biji bawang besar* ( * blender)
3 ulas bawang putih
1 keping tauhu (potong kecik2)
1 biji telur
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan kicap pekat manis
Sedikit air asam jawa
fishball
sawi
Garam & gula secukup rasa...
Cara penyediannya:-
- Panaskan minyak..Goreng tauhu hingga hancur & garing. Ketepikan.
- Lebihan minyak tadi, tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi..Masukkan juga fishball, sos cili, kicap pekat, air asam jawa, garam & gula..Biarkan kuah pekat sedikit..
- Masukkan mee & sawi..Pecahkan sebiji telur..Biarkan kering sedikit..Masukkan tauhu yg telah digoreng tadi.
- Siap untuk dihidangkan...
** Kalau nak bubuh udang, ayam & daging pun boleh gak...Yana tak bubuh... buat simple jer..Kalau bubuh udang, lagi sedap...
No comments:
Post a Comment