UDANG SERI RAMPAI
1kg udang galah sederhana besar (Yana guna udang laut jer)
1 cawan pati santan
1 cawan air
2 camca besar kerisik
2 helai daun kunyit, dihiris
2 helai daun limau purut
1/2 cawan cili kisar
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
2 camca besar rempah kari ikan
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
4 batang serai, dihiris halus*
10 biji cili padi (optional)* (*dikisar halus)
Cara membuatnya:-
- Udang dibersihkan buang kotoran dibahagian kepala udang, buat hingga siap, cuci tos dan gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga udang bertukar kemerahan, angkat dan toskan.
- Dengan kuali yg sama, keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 1/3 cawan. Tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan kisar hingga harum.
- Masukkan cili kisar dan rempah kari (tambah sikit air jika perlu), kacau rata dan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan daun limau purut, air dan tuang santan pekat. Tambah gula melaka, kerisik dan asam gelugor. Bila kuah pekat, masukkan udang.
- Gaul rata dan masak hingga hampir kering tapi masih berkuah.
- Tambah garam secukupnya dan masukkan hirisan daun kunyit. Gaul rata dan masak sekejap. Angkat dan hidangkan.
- Siap!
Untuk pulut kuning tu pulak, beras pulut kena rendam semalaman...rendam bersama sedikit serbuk kunyit dan sekeping asam gelugor. Lepas tu, toskan airnya..kukus dalam kukusan selama 15 minit..keluarkan pulut..gaul dengan santan yg telah di campur dgn sedikit garam...kukus semula..Kukus hingga pulut masak.
No comments:
Post a Comment