Bahan-bahannya:-
400gm ayam (potong sederhana)
2 sudu besar cili kering kisar
250ml santan
1 helai daun kunyit(mayang)
Minyak secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Bahan kisar:-
4 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2cm halia
3cm lengkuas
2 batang serai
20gm kunyit hidup
200gm cili merah (buang biji, dlm 5@6 tangkai)
Cara menyediakannya:-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering kisar. Biarkan hingga garing. Masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati. Selepas itu masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.Masukkan sedikit air dan masak hingga kuah pekat. Hiaskan dgn hirisan daun kunyit.Siap! Bolehlah di makan..dgn nasi putih..makan dgn pulut kuning pun sedap.
No comments:
Post a Comment