Friday, May 7, 2010

Puding Batik Biskut Marie

Puding kegemaran anak-anak dan maknya..ayahnya tak berapa gemar puding macam nie..dah banyak kali buat. Kali nie baru dapat tangkap gambarnya.Nie dah siap potong-potong untuk makan...lebihnya tu simpan dalam peti ais...esok leh makan lagi...memang sedap!!! Lemak berkrim....Tapi, jangan makan selalu...puding nie manis sket...kepada yang ada diabetis tu..makan sepotong jer cukup le....kalau time bulan pose...puding nie mesti dapat sambutan....Kalau kita tengok resepi puding nie..ada macam-macam style..dan bahan-bahannya..kalau Yana,guna resepi kat bawah nie jer....cubalah! Sebelum tu ada tipsnya kalau buat puding nie.....

Tips membuat puding/kek batik:-
  1. Biskut marie hendaklah dipatahkan 4.Jgn terlalu kecil kerana tak nampak corak batiknya.
  2. Mentega hendaklah dicairkan baru dimasukkan bahan2 yg lain.
  3. Adunan hendaklah dikacau hingga pekat, baru masukkan biskut marie. Kacau sebentar saja supaya biskut marie tidak terlalu lembik.
  4. Griskan loyang atau lapikkan dgn plastik agar mudah dikeluarkan.
  5. Setelah menuang adunan ke dalam loyang, tekan perlahan dgn plastik supaya padat.
  6. Biarkan puding suam baru masukkan dalam peti sejuk. Utk cepat beku, masukkan dalam freezer atas selama 1 jam.
  7. Setelah beku, potong dgn pisau tajam dan hidangkan.

Puding Batik Biskut Marie

bahan-bahannya:-
450 gm Biskut marie ( 1 paket)
250 gm mentega
100 gm Milo (5@6 sudu besar)
250 gm susu krimer pekat manis
2 biji telur
350 ml air ( 2 cawan)
5 sudu besar koko
1/3 cawan gula( boleh kurangkan kalau tak mau manis)
sedikit emulco coklat (jika suka)

Cara membuatnya:-
  • Panaskan mentega dan 2 cawan air hingga mentega itu cair. Gunakan api perlahan.
  • Masukkan milo, susu krimer, gula, koko dan emulco coklat. Kacau sebati.
  • Pukul telur dgn garfu dan masukkan ke dalam periuk. Masak adunan hingga pekat.
  • Masukkan biskut marie yg telah di belah 4.Kacau hingga semua biskut basah.
  • Sediakan loyang. Griskan loyang dgn minyak atau lapik plastik.
  • Tuangkan adunan dan ratakan.Apabila agak sejuk, tekan dgn plastik agar padat.
  • Masukkan dalam peti sejuk setelah puding agak suam. setelah keras, bolehlah di potong dgn pisau tajam.




No comments:

Post a Comment